Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.tu.pa.du.kan] | مڽاتوڤادوکن

Definisi : menjadikan bersatu padu (supaya lebih kuat, kukuh, dll): salah satu tujuan ibadat haji ialah utk ~ umat Islam; Bahasa Kebangsaan merupakan alat perhu-bungan utk ~ semua rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.tu.pa.du.kan] | مڽاتوڤادوکن

Definisi : menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.tu.pa.du.kan] | مڽاتوڤادوکن

Definisi : menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyatupadukan murid pelbagai kaum, sekali gus berjaya "melahirkan" rupa bangsa yang diingini. melahirkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif?Perkataan melahirkan tergolong dalam kata kerja aktif transitif berakhiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya M.Rathanamalah dari Ayer Tawar, Perak. Saya ingin mengetahui bagaimana bahasa Melayu boleh menyatupadukan rakyat di negara kita yang berbilang kaum ini.. Saya harapkan beberapa cadangan daripada tuan/puan. Terima kasih.

Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk bahan ini: 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis (Dewan Masyarakat 01/06/1996). 2. Bahasa Melayu Jambatan Perpaduan oleh F. P. Chew (Dewan Bahasa 01/01/2004). 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah (Massa 24/08/2002) . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. (Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992) . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid (Dewan Bahasa 01/10/2002). 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin (Dewan Bahasa 01/05/2007).

Lain-lain08.08.2009
Minta pandangan. Mengikut Buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama. Jadi, ayat : Semangat muhibah amat penting untuk penyatupaduan rakyat / semangat muhibah amat penting untuk menyatupadukan rakyat. Yang mana betul ? Dalam Kamus Dewan terdapat contoh-contoh "untuk" diguna di hadapan kata kerja. Terima kasih Ng Chee HuaySelain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau apelengkap pada klausa utama. Selain untuk, bahawa juga antara kata hubung pancangan komplemen. Contoh;
1. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
2. Semangat muhibah amat penting untuk menyatupadakan rakyat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 253 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.07.2013
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh".Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna11.11.2009
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku

Saudara,

Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat.  Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya  tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. 

Lain-lain01.07.2010
Assalamualaikum, saya Mohd Faisan Bin Mat Ghani, Penerbit Rancangan di RTM, Angkaasapuri. Saya ingin bertanya, tepatkah tagline/slogan di ini saya gunakan untuk sukan. maksudnya tepat dari segi tatabahasa dan ayatnya, ' sukan perpaduan kita'. sekian terima kasih DBP, salam 1 Malaysia.Slogan yang lebih gramatis ialah "Sukan alat perpaduan" ataupun  "Sukan menyatupadukan kita".Tatabahasa18.02.2013
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBIBulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa.Lain-lain18.10.2014
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum?Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan.Tatabahasa07.05.2014
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaanMerujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna18.08.2010
apakah kepentingan bahasa baku dalam dunia hari ini?
Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat.  Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. masalah 
Lain-lain31.07.2013

Kembali ke atas