tolong semak ayat ini. betul ke tidak. boleh diterima atau tidak. 1) Nenek Ali rajin berkemas rumah. 2) Nenek rajin berkemas rumah. 1) Nenek Ali menyayangi cucunya. 2) Nenek Ali menyanyanyi cucu. 3) Nenek sangat menyayangi cucu. 4) Nenek sangat menyayangi cucunya. 1) Nenek saya memasak bubur untuk untuk saya. | Ayat Nenek Ali rajin berkemas rumah, Nenek rajin berkemas rumah, Nenek Ali menyayangi cucunya dan Nenek sangat menyayangi cucunya adalah ayat gramatis. | Tatabahasa | 24.05.2012 |
inginkan kepastian berkenaan kata kerja dan kata adjektif. contohnya kata 'sayang' tergolong dalam kata adjektif, namun kata 'menyayangi' pula tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja? sebabnya apa yang saya faham menyayangi seperti perbuatan untuk sayang akan sesuatu. contoh lain kata dukacita ialah kata adjektif tetapi apabila berdukacita pula menjadi kata kerja. oleh itu saya sedikit keliru, mohon pencerahan daripada pihak tuan, terima kasih. | Untuk makluman puan, apabila kata adjektif menerima imbuhan, fungsi kata tersebut akan berubah mengikut konteks makna. Untuk keterangan lanjut tentang kata kerja sila rujuk Buku tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 15.08.2017 |
Salam sejahtera, Kita harus menyayangi tempat tinggal kita. Oleh itu, semua penduduk Kota Manis patut menghadiri kempen tersebut, bak kata pepatah muafakat membawa berkat.(selepas bak kata pepatah perlu bubuh tanda koma di belakang sebagai jeda?Sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa tolong betulkan.) Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, selepas frasa "bak kata pepatah", tidak perlu diletakkan tanda koma sebagai jeda. Selain itu, contoh ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 26.02.2020 |
kami semua hormat dan sayang akan Cikgu Lim atau kami semua menghormati dan menyayangi akan Cikgu Lim? | Kedua-dua frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. 3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil. | Tatabahasa | 17.07.2018 |
1) ingin kepastian untuk perkataan "yang ke-5." perlu ada tanda "-" atau tidak di antara "ke" dan "5"? 2) Jika ayat ada pembuka kata dan penutup kata, tanda noktah diletakkan sebelum atau selepas penutup kata. Contoh : "Saya sentiasa menyayangi anda." Terima kasih. | 1. "Ulang tahun yang ke-5", inilah contoh penggunaan tanda baca yang betul, ke dengan nombor (1, 10, 100 dan seterusnya) perlu ada tanda sempang. 2. Tanda nokta perlu dibubuh sebelum pengikat kata seperti contoh yang diberi, "Saya sentiasa menyayangi anda." | Tatabahasa | 27.01.2010 |
saling berkasih-kasihan munsyi, adakah gramatis digunakan? | Bentuk yang gramatis ialah berkasih-kasihan. Perkataan saling tidak perlu kerana berkasih-kasihan telah membawa maksud saling menyayangi. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Bolehkan kata penguat digunakan untuk kata atau frasa kerja seperti dalam ayat 'Kami amat menghargai penyertaan anda.', 'Semua murid amat menggeruni Guru Besar.' dan 'Puan Siti sangat menyayangi anak angkatnya.'? | Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Kata penguat hanya hadir di depan kata atau frasa adjektif. 1. Kami menghargai penyertaan anda. (tiada kata penguat sudah tepat) 2. Semua murid amat gerun akan guru besar. 3. Puan Siti sangat sayang akan anak angkatnya. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Adakah ayat-ayat ini betul ? 1. Kita mesti bersikap kasih sayang dengan seperti menziarahi nenek di kampung. 2. Kami sekeluarga berkelah di pantai Teluk Cempedak. 3. Saya dan keluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak. | 1. Ayat pertama dibetulkan menjadi "Kita mesti menyayangi dan sering menziarahi nenek di kampong". 2. Kami sekeluarga berkelah di pantai Teluk Cempedak. 3. Saya dan keluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak. | Tatabahasa | 03.02.2015 |
Assalamualaikum..saya nak tau ape maksud "mutual" dengan lebih jelas..terima kasih... | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud mutual ialah adj 1. shared (feeling, emotion, etc) perasaan saling: their ~ affection, perasaan saling sayang-menyayangi; ~ respect and understanding, perasaan saling hormat menghormati dan faham memahami; 2. equally share by each one, bersama: our ~acquaintance, kawan kita bersama; to our ~ advantage, utk kebaikan kita bersama; ~ hobbies, minat bersama; 3. (of people) having same specified relationship to each other, saling, sama-sama: they are ~ friends, mereka saling berkawan. | Makna | 03.08.2010 |