keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEKELIRUAN PENGGUNAAN KATA MENGENEPIKAN DAN MENGETEPIKAN. | Kata tepi apabila mendapat imbuhan meN menjadi menepikan. Frasa ke tepi apabila mendapat imbuhan meN menjadi mengetepikan. Faktornya ialah kekeliruan antara kata tepi dan frasa ke tepi yang menerima imbuhan meN. | Ejaan | 07.04.2008 |
apakah yang menyebabkan orang ramai sukar mengamalkan bahasa melayu yang betul? | Pertama, kami mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan saudari tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Untuk makluman saudari, penggunaan Bahasa Melayu yang betul merupakan tanggungjawab warganegara Malaysia. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan perlu kita bersama-sama memartabatkannya. Banyak tulisan tentang penggunaan Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh DBP terutamanya dalam majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 21.07.2007 |
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu | 1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas. | Tatabahasa | 15.07.2010 |
contoh ayat "masalah obesiti akan menyebabkan masalah di dalam badan" betulkah penggunaan 'di dalam' dalam ayat ini. | Ayat yang betul ialah "Masalah obesiti akan menyebabkan masalah kesihatan dalam badan." | Tatabahasa | 27.11.2013 |
Adakah ayat di bawah ini betul? Kerosakan pendingin hawa menyebabkan keadaan di dalam makmal komputer itu panas. | Kerosakan penyaman udara menyebabkan keadaan di dalam makmal komputer itu panas. | Tatabahasa | 24.06.2015 |
“Apakah gerangan yang menyebabkan ______ kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. Adakah betul penggunaan perkataan apakah tersebut? | Jawapan yang tepat ialah “Apakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. | Lain-lain | 14.05.2020 |
Adakah ayat di bawah gramatis? Salah satu punca menyebabkan krisis air adalah berlakunya pemanasan global. Terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai "Antara punca yang menyebabkan krisis air berlaku ialah pemanasan global". | Tatabahasa | 22.07.2019 |
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa." | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan. | Tatabahasa | 14.08.2012 |