Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.bat] | مڽبت

Definisi : 1. memukul dgn benda yg halus dan lentur (rotan, lidi, dll), merotan: orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan, tetapi juga boleh disebat; 2. bp mengambil sesuatu tanpa kebenaran, mencuri, menye-robot: barang-barang kemasnya habis di-sebat pencuri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.bat] | مڽبت

Definisi : 1 memukul dgn benda yg kecil tetapi keras (rotan dsb): ~ dgn rotan. 2 ki mengambil hak orang lain tanpa kebenaran; mencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebat
Kata Terbitan : menyebat, sebatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi rempit?Dalam Kamus Dewan edisi ke-4 merempit membawa maksud menyebat dgn rotan.Tatabahasa11.09.2007
apakah maksud perkataan rempit yang terkini? adakah maksud-maksud rempit seperti yang dinyatakan pada http://rempitunited.my/info/definisi-rempit.html kesemuanya berdasarkan kamus dewan? terima kasih.Dalam pangkalan data kami, rempit dilabelkan sebagai dialek Perak yang bermaksud menyebat dengan rotan dan lain-lain. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang berkaitan dengan definisi lain yang diberikan oleh laman web tersebut.Istilah02.05.2012
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut:

bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk;

  • melecut

    1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan;
  • melecutkan

    1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
  • lecutan

    pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat;
  • pelecut

    alat utk melecut, cambuk, cemeti.
Makna02.10.2009

Kembali ke atas