Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebut

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Bermaksud :

Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menyebut ism ke dalam bahasa Melayuisme-patriotismeIstilah20.05.2011
Sejahtera dan selamat pagi! semasa saya membuka kamus Melayu-Inggeris dan juga "google translate" saya merasa kecewa dan sedih melihat bahasa Melayu. Setiap bahasa memiliki kata sapaannya yg tersendiri, seperti bahasa Inggeris menyebut "Hello!", bahasa Cina menyebut "Nihao!", bahasa Tamil menyebut "Vanakkam!" dan sebagainya. Tapi alangkah sygnya bahasa Melayu tidak ada. Bahasa Melayu meminjam daripada bahasa Inggeris utk perkataan "helo". Apa salahnya memadankan perkataan yg lebih bersifat Melayu spt "Sejahtera!", "Damai!", "Amboi!', "Ampun!", "Tabik!", "Sana!", "Salam!" dan sebagainya? banyak kali saya menasihati, tapi tidak ada pernah didengari. Memang bagi kita, hal itu kecil tetapi bagi anak-anak bangsa kita akan datang pasti mereka tidak merasa bangga dgn leluhur mereka kerana sikap kita yg terlalu menginggeriskan bahasa Melayu sekarang. Maaf sekadar menasihati dan semoga ianya dpt membuka mata kita semua dan semoga bahasa kita terpelihara keasliaannya. Sekian, terima kasih!Syabas atas keprihatinan tuan. Pelbagai promosi penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan telah diadakan sejak sekian lama, namun hasilnya belum boleh dibanggakan kerana tahap kepedualian masyarakat terhadap usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan bukanlah pada tahap yang tinggi. Semoga usaha berterusan ini dapat menarik minat dan keprihatinan masyarakat untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain13.02.2017
Apakah terjemahan istilah Essential Fatty Acid (EFA) yang betul? Ada yang menyebut Asid Lemak Perlu. Ada pula menyebut Asid Lemak Penting. Ada juga yang menyebut Asid Lemak Utama. Mohon bantuan. Terima kasih.Istilah yang betul ialah asid lemak perluIstilah09.03.2011
bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus".Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga.Tatabahasa16.06.2013
Bagaimana menyebut perkataan berikut : 1. beranak --> ber/anak atau be/ra/nak? 2. Peraturan --> Per/atur/an atau pe/ra/tu/ran?

Berdasarkan sebutan: be/ra/nak, pe/ra/tu/ran.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk maklumat lanjut.

Istilah21.11.2010
Peribahasa menyebut " tak kenal maka tak cinta " . Jadi sejauhmana peribahasa ini dapat mempengaruhi dalam bidang pengkaji bahasa. Tq.Sila rujuk buku dan bahan yang berkaitan.Lain-lain22.05.2010
Bagaimana menyebut perkataan lengang dengan betul?Sebutan yang betul ialah le.ngang.Lain-lain15.12.2008
Cikgu menyebut sesuatu perkataan dan murid diminta menulis perkataan tersebut. Aktiviti ini disebut "ejaan" atau "imlak"? Sekian, terima kasih.

Aktiviti ini dipanggil ejaan.

 

Lain-lain08.04.2008
Assalamualaikum, Bagaimana menyebut klise? /kli.sé/ atau /kli.shé/ Terima kasih.Sebutan yang betul ialah /kli.sé/.Tatabahasa11.05.2019
Bagaimana untuk menyebut perkataan serapan daripada bahasa Inggeris yang bermula dengan psi seperti psikologi. Adakah disebut pi-si-ko-lo-gi atau si-ko-lo-gi yang bermaksud huruf P itu disenyapkan?Psikologi boleh disebut dengan dua cara iaitu [psi.ko.lo.gi] dan [si.ko.lo.gi]Tatabahasa15.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas