Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ? | saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
bagaimana cara menyebut sistem nombor 1.2.3 a. 1 titik 2 titik 3 b. 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3 c. 1 2 3 (tanpa menyebut titik) kerana 1 2 3 berbeza dengan 1 ratus 2 puluh 3 | Jika 1.2.3 disebut 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3, jika 1 2 3 disebut satu dua tiga dan jika 123 disebut seratus dua puluh tiga. | Ejaan | 15.11.2011 |
BR1M (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA).KENAPA DALAM TV MENYEBUT BRIM,1 TU MENJADI HURUF I.KENAPA TIDAK ADA PEMBETULAN? | Bantuan Rakyat 1 Malaysia diringkaskan ejaannya dan disebut sebagai BR1M untuk mengkomersialkan program tersebut ke seluruh negara. Hal ini lebih kepada laras iklan, iaitu pemberitahuan kepada rakyat Malaysia tentang program kerajaan. Iklan yang berkesan lazimnya ringkas, mudah dan tepat. BR1M pada pendapat kami berkesan mempromosikan porgram tersebut dan apabila dieja penuh, ia tetap dieja dengan ejaan yang betul. | Ejaan | 18.09.2012 |
Bagaimana menyebut perkataan berikut : 1. beranak --> ber/anak atau be/ra/nak? 2. Peraturan --> Per/atur/an atau pe/ra/tu/ran? | Berdasarkan sebutan: be/ra/nak, pe/ra/tu/ran. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk maklumat lanjut. | Istilah | 21.11.2010 |
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Apakah maksud 'imlak'? | Imlak: Ar 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana; | Makna | 25.06.2009 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DAERAH ARTIKULASI? | Artikulasi membawa dua makna iaitu; 1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; 2. penyataan idea atau perasaan terutamanya dgn kata-kata; | Makna | 08.08.2007 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya". | Istilah | 07.07.2011 |