Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ge.ra.kan] | مڽݢراکن

Definisi : 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ge.ra.kan] | مڽݢراکن

Definisi : me­lakukan sesuatu dgn segera: Kami memohon supaya kerajaan ~ pembinaan klinik di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segera (adjektif)
Bersinonim dengan cepat, lekas, pantas, laju, deras, ekspres;,
Kata Terbitan : bersegera, menyegerakan, kesegeraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerai tugasan yang dipertanggungjawabkan. tuan, buku kata tiada kesalahan dalam ayat ini. bagaimana pula dengan menyegerai? tqTidak ada contoh penggunaan kata menyegerai dalam pangkalan data kami. Ayat tersebut boleh digantikan dengan kata menyegerakan menjadi "Para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerakan tugasan yang dipertanggungjawabkan".Tatabahasa24.07.2011
berapa lama masa pihak dewan bahasa hendak buat pengesahan online..Kami berusaha menyegerakan setiap permohonan pengesahan iklan yang dikemukakan secara dalam talian, namun adakalanya berlaku gangguan teknikal dan pemprosesan ini tertunda sedikit daripada biasa. Untuk pemprosesan segera, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain04.11.2015
saya masih belum mendapat maklumbalas mengenai kelulusan iklan sayaSila hubungi kami melalui talian 03-214799691/9692/9112 dan kemukakan nombor pendaftaran tuan untuk kami menyegerakan permohonan tuan.Lain-lain17.06.2015
nak tanya maksud perkataan berikut 1. merit 2. mangkin 3. malim 4.maya 5.mapan sekian terima kasih1. Merit ialah sifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan.2. Mangkin bermaksud faktor yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan.  3. Malim ialah orang yang alim.   4. Maya ialah sesuatu yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada.  5. Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau sudah diterima umum.Makna13.02.2009
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq

Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin.

Tatabahasa31.03.2010

Kembali ke atas