| syirik, tahyul,khurafat | Menurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul. | Makna | 02.10.2007 |
| Salam, orang-orang musyrik atau orang-orang musyrikin? TK | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1506, perkataan musyrik bermaksud orang yang menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun perbuatan. Musyrikin pula merujuk orang-orang yang musyrik. Walau bagaimanapun, perkataan orang boleh diletakkan di hadapan perkataan musyrik atau musyrikin bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunaan dalam ayat. | Makna | 22.09.2024 |