Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lam] | مڽلم

Definisi : 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lam] | مڽلم

Definisi : 1 memasukkan se­­­­luruh badan ke dlm air; mem­be­nam­kan seluruh badan ke dlm air: Kami sangat suka berenang dan ~ di sungai itu. 2 masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: ~ mutiara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,

Puisi
 

Rendah geroda menggaris awan,
     Turun ke laut menyelam diri;
Seksa sangat hajat tuan,
     Macam kudaki gunung yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pandai menyelam air dangkal.

Bermaksud :

Pandai membawa diri.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, minta bantuan apakah perkataan yang sesuai untuk 1. ganti dingin dalam ayat "Kedatangan murid-murid ke sekolah pada pagi ini dingin sekali kerana hujan turun dengaan lebat". 2. ganti mendarat dalam ayat " Penyelam skuba itu tidak mendarat lagi setelah dua jam menyelam". Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. "Kedatangan murid-murid ke sekolah pada pagi yang dingin ini kerana hujan lebat"
2. "Penyelam skuba itu tidak timbul lagi setelah dua jam menyelam" atau "Penyelam skuba itu tidak muncul lagi setelah dua jam menyelam

Tatabahasa08.03.2022
Ahmad dan kawannya sedang bertanding renang di dalam laut. Adakah ayat ini betul? bertanding renang boleh diterima? di laut atau di dalam laut?Ayat yang sesuai ialah Ahmad dan kawannya sedang berlumba renang di laut. (Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut)Lain-lain30.08.2015
Tuan, Yang manakah betul? Mereka berenang di laut ATAU Mereka berenang di dalam laut .

Ayat yang betul ialah 'Mereka berenang di laut' - Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut.

Tatabahasa05.04.2011
Bolehkah saya tahu apakah perbezaan antara perkataan renang dan berenang? Adakah kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama? Contohnya; belajar renang dan belajar berenang. Adalah kedua-dua frasa ini membawa makna yang sama? Terima kasih.

 Merujuk Kamus Dewan Perdana, frasa “renang” bermaksud 1. berkaitan dengan berenang. 2. acara
(sukan dan lain-lain), perlumbaan berenang, manakala “berenang” pula ialah  menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di dalam air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “belajar berenang”.

 

Makna12.08.2024

Kembali ke atas