| 1. Biar saya menyelamatkan budak itu! 2. Biar saya selamatkan budak itu! Ayat manakah yang gramatis? | Kedua-dua ayat tersebut gramatis. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
| saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama "dari" dan "daripada" sebelum kata kerja. contoh ayat: 1. Nabi Muhammad memberikan syafaat kepada sebahagian umatnya untuk terselamat daripada/dari jatuh ke dalam neraka. 2.Syafaat ini menyelamatkan mereka daripada/dari jatuh ke dalam neraka jahanam. | Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam contoh ayat seperti yang berikut: 1. Nabi Muhammad memberikan syafaat kepada sebahagian umatnya untuk menyelamatkan mereka daripada jatuh ke dalam neraka. 2. Syafaat ini menyelamatkan mereka daripada jatuh ke dalam neraka jahanam. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 268-272. | Tatabahasa | 17.12.2025 |
| 1. Murid-murid ( menghiasi / menghiaskan / menghias ) pentas dengan kain dan bunga hiasan. 2. Ahli bomba ( mengguna / menggunakan ) kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. | 1. Murid-murid menghias pentas dengan kain dan bunga hiasan. - menghias, bermaksud menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain) 2. Ahli bomba menggunakan kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. - menggunakan, bermaksud melakukan sesuatu dengan ____ . | Tatabahasa | 30.09.2010 |
| Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Berikut ayat yang telah dipinda. 1. Ali yang bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali. 3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak. 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji. 6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda. 7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
| Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya tentang tatabahasa dalam beberapa soalan di bawah: 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel walaupun mereka ____ letih. amat atau agak yang mana satu adalah sesuai untuk digunakan sebagai jawaban dalam soalan tersebut? 2. Apapun / Apatah rancangan kamu, mereka tetap tidak menerimanya. Penggunaan kata penegas pun atau tah mana satu adalah betul? 3. Siapalah / Siapa jua / Siapakah / Siapa juga yang ingin bersenam pagi-pagi ini. Penggunaan kata penegas mana satu adalah betul? 4. Pola Ayat bagi "Lelaki itu bernama Ali." Adakah ayat ini ialah FN+FK atau FN+FN? Soalan-soalan tersebut bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti kepada saya. Terima kasih atas bantuan tuan. | 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel, walaupun mereka amat letih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 20 dan 74. 2. Pola ayat bagi frasa "Lelaki itu bernama Ali." ialah FN+FN. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 359. Untuk soalan yang seterusnya, tuan/puan digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 431 hingga 581 yang berkaitan dengan ayat dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 04.02.2026 |
| Yang mana betul, "mensejahterakan rakyat" atau "menyejahterakan rakyat?" Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah menyejahterakan, iaitu menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan. Frasa yang betul ialah "menyejahterakan rakyat”. 1"> | | Tatabahasa | 09.08.2017 |