"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | Lain-lain | 22.12.2010 |
Mohon semakan adaakh ayat ini tepat?: Ke arah merangsang realisasi ciri pandangan-pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan/masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan prinsip asbab | Ayat yang betul ialah “Untuk merealisasikan pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan atau masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan asbab”. | Tatabahasa | 27.11.2022 |
Apakah perbezaan antara 'meningkatkan penguasaan' dan 'meningkatkan kefahaman'? Adakah 'penguasaan' merujuk kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu konsep? | Kefahaman bermaksud hal faham akan sesuatu atau tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala penguasaan bermaksud perbuatan atau hal menguasai, iaitu mengetahui dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut tahap penguasaan melebihi tahap kefahaman dan penguasaan lebih menyeluruh dan terperinci. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang terjemahan frasa-frasa berikut: (1) a moderately prosperous society in all respects (masyarakat yang sederhana makmur secara menyeluruh), (2) The Five-Sphere Integrated Plan (Rancangan Bersepadu Lima Aspek), (3)The Four-Pronged Comprehensive Strategy (Strategi Komprehensif/menyeluruh Empat Serampang), (4)Take Targeted Measures Against Poverty (mengambil langkah bersasar bagi membasmi kemiskinan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan/Puan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Berikan juga nama penuh, jawatan, alamat dan nombor telefon. Pihak kami akan menyediakan sebut harga berserta tempoh penyemakan. Sila hantar semula soalan satu per satu atau hanya soalan yang benar-benar mengelirukan untuk kami bantu dari aspek tatabahasa, contohnya penggunaan kata sendi nama, kata hubung atau tanda baca. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2025 |
Apakah definisi muzik secara menyeluruh? | Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian. | Makna | 19.02.2008 |
Through welding solution | Penyelesaian kimpalan menyeluruh | Lain-lain | 04.03.2008 |
Yang dihormati Tuan, Bolehkah pihak Tuan melakukan semakan secara menyeluruh terhadap tulisan-tulisan berbentuk cerpen ataupun puisi? | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen dan karya kreatif. Skop perkhidmatan kami adalah untuk membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 02.05.2015 |
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa. | Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. | Tatabahasa | 23.06.2025 |
Salam sejahtera. Mohon nasihat, bagaimana dapat saya belajar bahasa istana yang tepat dengan menyeluruh? Ada sebarang bahan rujukan yang berkenaan? Atau ada tokoh yang boleh berkongsi ilmu? Terima kasih. | Kami tidak ada maklumat tentang pembelajaran bahasa istana. Tuan boleh cuba mendapatkan maklumat yang berkaitan melalui pihak yang berwenang dalam hal ini seperti pejabat istana atau jika untuk tujuan kajian boleh merujuk pihak universiti. | Tatabahasa | 20.03.2018 |
APAKAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIKIRAN INTUITIF. TOLONG JELASKAN SEJELAS-JELASNYA DENGAN MEMBERI GEMBARAN YANG MENYELURUH TERMASUK CONTOHNYA SEKALI | Pemikiran intuitif ditakrifkan sebagai pemikiran yang menurut atau berasaskan intuisi atau kesedaran, (kesedaran yg disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir). bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau melayari laman web DBP bagi mendapatkan tajuk-tajuk buku yang sesuai berkaitan pemikiran intuitif ini, dengan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan mendapatkan bahan melalui carian. | Makna | 09.10.2007 |