Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semak2
Kata Terbitan : menyemak, semakan, penyemakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI.Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks.Makna25.09.2006
Menyemak dan meminta kelulusan ejaan papan tanda untuk permohonan lesen perniagaan.
Untuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pelanggan untuk maklumat lebih lanjut.
Lain-lain05.11.2020
Menyemak ayat di bawah.kalau betul minta kebenaran,kalau salah minta penjelasan.tolong. 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain agar bertolak ansur. 3.Kawasan kediaman itu tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti portugis,belanda dan jepun. 5.Manifesto bertujuan memancing undi,hanya kata-katanya bermunasabah. 6.Ekonomi negara semakin meruncing.Dalam kegawatan ekonomi ini,rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat danmenyedari betapa ertinya budaya menabung. 7.Semangat cintai alam melambangkan tanggungjawab seseorang bangsawan.Ayat yang betul dan gramatis ialah seperti berikut:

1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya berperangai buruk.
2.Rakyat perlulah hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
3.Kawasan kediaman itu, tempat tinggal saya.
4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan Jepun.
5.Manifesto pilihan raya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk memancing undi.
6.Ekonomi negara kini semakin meruncing. Dalam suasana kegawatan ekonomi, rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat dan menyedari betapa pentingnya budaya menabung.
7.Semangat mencintai alam sekitar adalah tanggungjawab semua termasuk golongan bangsawan.
Tatabahasa10.09.2018
menyemak ejaan untuk banner terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain17.11.2015
Menyemak tajuk poster seperti di lampiran.Pembetulan:
1. Sehingga tukar kepada hingga
2. Diperolehi kepada diperoleh
3. Kuasa beli
4. Tertakluk pada terma dan syarat
Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa21.09.2015
Menyemak penggunaan bahasa dalam poster yang akan dikeluarkan seperti di lampiran.Betulkan ejaan kemas kini dan mengemas kini. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa21.09.2015
MENYEMAK PENGGUNAAN SECARA BETUL BAHASA DIATAS PAPAN IKLAN UNTUK PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN DAN PAPAN IKLANUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain05.01.2015
menyemak kata 'benefisiari' sama ada sudah didaftar sebagai bahasa melayu atau belum?Perkataan benefisiari telah diterima dalam bahasa  Melayu dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah05.02.2011
MENYEMAK EJAAN UNTUK TENGAHARI. ADAKAH EJAAN TENGAH HARI ATAU TENGAHARI? SILA BANTU SECEPATNYA. TERIMA KASIHEjaan tengah hari ditulis dua perkataan.Tatabahasa10.07.2009
Adakah perisian tatabahasa untuk menyemak penulisan bahasa melayu dengan betul yang dicadangkan oleh dewan bahasa untuk digunakan. terima kasihUntuk makluman tuan, DBP belum pernah menerbitkan perisian khusus bagi menyemak tatabahasa, selain Dewan Eja yang digunakan untuk menyemak ejaan.Lain-lain23.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas