Boleh sahkan kesahihan dan ketepatan slogan yang berikut? "Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Depan" (Bahasa Inggeris: Empowering Skills, Igniting Futures" Terima kasih. | Slogan yang betul ialah "Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan" | Penyemakan dan penterjemahan | 18.11.2024 |
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN. | 1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda. Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas. 2) Ejaan yang betul ialah titisan. Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP. | Makna | 01.06.2009 |
Apakah bidang tugas DBP yang sebenarnya ? Adakah sekadar menerbitkan buku-buku atau menyemarakkan minat orang awam terhadap Sastera ? | Untuk makluman puan, terdapat 6 matlamat utama penubuhan DBP, matlamat-matlamat tersebut ialah: 1) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi 2) Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan 3) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain 4) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan 5) Menggalakkan peggunaan bahasa kebangsaan yang betul 6) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Untuk mengetahui dgn. lebih lanjut sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 01.03.2009 |
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? | 1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. 2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang. 3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Pertanyaan mengenai perjemahan perkataan 1) 'Prominence' dalam bahasa melayu. Ayat dalam B.Inggeris: " Globalisation and free free trade has gained prominence over the past decades" Ayat dalam B.Melayu : 2) Perjemahan 'Worst Case Scenario' dalam B.Melayu | Terjemahan Prominence dalam bahasa Melayu bagi ayat yang dinyatakan ialah menyemarakkan 1. Globalisasi dan perdagangan bebas telah menyemarakkan keuntungan lebih dari sedekad. 2. Worst Case Scenario- kejadian paling buruk | Istilah | 24.09.2018 |
Tuan, saya ingin merujuk tema berikut : menyemarak transformasi, mempersada kegemilangan. adakah laras bahasanya betul?Jika tidak boleh tak terangkan dengan lebih terperinci. | Ungkapan yang betul ialah menyamarakkan transformasi. Walau bagaimanapun tidak ada contoh mempersadakan atau kata terbitan lain daripada kata persada. Persada bermaksud lantai yang tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja. Mana mungkin lantai yang tinggi dijadikan sebagai perbnuatan kerana apitan me-...-kan menunjukkan perbuatan seperti menyemarakkan. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Salam sejahtera, sekiranya perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada dalam SATU AYAT YANG SAMA, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi kedua-dua istilah Bahasa Inggeris tersebut? Contoh ayat: "He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit." Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit. ialah "Beliau memulakan usaha sama untuk syarikatnya sekarang dengan syarikat lain yang lebih kukuh bagi menyemarakkan semangat usaha sama beliau." | Makna | 12.09.2022 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GLOTALISASI DAN CONTOH-CONTOHNYA | Puan, Makna globalisasi ialah proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Makna | 11.08.2010 |
Lim Linda boleh tanya....adakah kamus dewan akan menerbitkan edisi terbaru? Sebab saya tak dapat beli di kedai buku. Terima kasih. | Puan Lim Linda, sebagai makluman puan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menerbitkan Kamus Dewan edisi terbaharu . Namun begitu, kamus terkini keluaran DBP ialah Kamus Melayu Inggeris Dewan (Dwibahasa). Puan boleh mendapatkan kamus ini di kedai buku DBP. Puan juga dialu-alukan untuk melayari laman rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka dan boleh mengunjungi Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (PRPM) dan gerbang Kata DBP untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan membantu untuk carian kata. Terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menyemarakkan rasa kasih kepada bahasa kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa.-DBP. | Lain-lain | 07.01.2014 |
penggolongan kata bagi ayat ini... “Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan. | "Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara. | Tatabahasa | 18.04.2012 |