Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.bah.kan] | مڽمبهکن

Definisi : , mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.bah.kan] | مڽمبهکن

Definisi : me­ngunjukkan (mem­­berikan dsb) se­suatu dgn hormat: Ben­tara telah ~ surat tsb kpd baginda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyembahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud dipersembah dan dipersembahkan? Sila nyatakan kegunaaan dua perkataan ini dalam ayat yang lengkap.Kata yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2025) ialah kata mempersembahkan dan dipersembahkan, yang diberikan takrif seperti yang berikut:

mempersembahkan kata kerja transitif [kata pasif: dipersembahkan, persembahkan]
1 menyampaikan (sesuatu berita, surat dan sebagainya) dengan takzim dan penuh hormat; menyembahkan.
Contoh penggunaan
Maka menteri itu pun mempersembahkan hal tersebut kepada Betara Raden Merpati.
Dengan segera perkara itu pun dipersembahkan kepada Sang Nila Utama.

2 bahasa kiasan 
menunjukkan atau menayangkan (tarian, filem dan sebagainya) kepada seseorang  atau khalayak.
Contoh penggunaan
Pelajar mempersembahkan tarian tradisional masyarakat di Sarawak semasa program tersebut.
Skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas.
Makna30.10.2023

Kembali ke atas