Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan. | Berikut merupakan terjemahan yang betul: 1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak 2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 4) Level of consciousness: Tahap kesedaran 5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 6) Fidgeteness: Gelisah, resah 7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan 8) Attentive: Memberikan perhatian penuh 9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri 10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan 11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat. | Makna | 08.06.2018 |
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan. | Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 14.04.2014 |