Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.nang.kan] | مڽنڠکن

Definisi : 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.nang.kan] | مڽنڠکن

Definisi : 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyenangkan

Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, dalam Tatabahasa Dewan Ed Ketiga m.s 391, terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Sebagai contoh kata menyeramkan, menyedihkan , membimbangkan, menggembirakan, menyenangkan dll. Soalan saya, adakah kata-kata di atas kata kerja transitif? Hal ini disebabkan kata-kata tersebut boleh diikuti oleh frasa nama. Sekiranya ya, bermaksud ayat-ayat berikut boleh dipasifkan. 1. Filem itu sungguh menyeramkan kami (aktif) menjadi : Kami diseramkan oleh filem itu. (pasif) 2. Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa. (aktif) menjadi : Para ibu bapa amat disenangkan oleh berita baik kejayaan anak-anak di sekolah. (pasif) Bukankah ayat-ayat pasif di atas ganjil bunyinya? Harap tuan dapat beri tunjuk ajar. Terima kasih.Kata kerja tersebut ialah kata kerja transitif. Ada beberapa ciri kata kerja tersebut, iaitu: objeknya terdiri daripada kata ganti nama diri; kata ganti nama diri tersebut boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat; membawa maksud emotif/berkaitan dengan perasaan; kata dasar kata kerja tersebut lazimnya ialah kata adjektif; dan ayat tersebut ialah ayat penyata. Kata kerja tersebut boleh dipasifkan, tetapi bentuk pasifnya jarang digunakan.Tatabahasa11.06.2012
Apakah maksud " menyejukkan mata " ? Terima kasih.Menyejukkan mata ialah kiasan yang bermaksud menyenangkan mata dan pada lazimnya setiap perbuatan/perkara yang menyejukkan mata akan menenangkan fikiran, perasaan dan sebagainya.Makna27.06.2009
Apakah definisi muzik secara menyeluruh?Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian.Makna19.02.2008
Apakah perbezaan erti bagi "secara amnya" dengan "secara umumnya". Apakah penggunaan secara amnya dalam ayat ini salah "Simptom-simptom AF mungkin tidak menyenangkan, namun secara amnya tidak mengancam nyawa".Kedua-dua perkataan tersebut boleh bersaling ganti kerana merupakan kata yang sama makna.Tatabahasa26.09.2019
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu.Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu.Lain-lain05.03.2007
maksud realisme dalam kesusasteraanrealisme ialah salah satu gaya seni dan sastera yang di dalamnya peristiwa, perkara dan sebagainya, terutama yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan dalam keadaannya yang sebenarnya seperti dalam kehidupan.Lain-lain19.09.2008
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Tatabahasa25.07.2012
ciri-ciri karya realisme dalam sastera kanak-kanakrealisme merupakan salah satu gaya seni atau sastera yang di dalamnya benda-benda, perkara atau peristiwa, terutamanya yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan secara sebenarnya seperti yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan.  Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada ciri-ciri realisme ini ada atau tidak dalam sastera kanak-kanak, saudara mestilah membaca banyak buku kanak-kanak, kerana sastera kanak-kanak itu sendiri terdiri daripada banyak bentuk, sama ada dalam buku bergambar, buku berilustrasi, dan sebagainya.  Peringkatnya umur kanak-kanak itu juga diambil kira, sama ada peringkat awal, seperti prasekolah atau sebagainya.Lain-lain18.09.2008
Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua SekaliPihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan.Tatabahasa04.07.2025
Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini diinspirasikan oleh idea bahawa rutin harian menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya berjalan lancar, memberikan rasa puas hati apabila pengguna menemui kemudahan yang tidak dijangka. PETRONAS menyediakan pelbagai kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terhad kepada isi minyak, tetapi juga merangkumi makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan itu, kami merancang untuk menggunakan permainan kata berasaskan “isi” dalam gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hati pengguna. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Isi Minyak, Isi Perut, Isi Masa, Isi Kuasa, Isi Ganjaran, Isi Bakul, Isi Pikap, Isi Tenaga, Isi Angin, Ini Baru Mesra, Isi Semua SekaliFrasa yang diberikan sesuai dan boleh digunakan, kecuali Isi Pikap ditukarkan kepada Isi Tangki dan Isi Semua Sekali, Ini Baru Mesra ditukarkan kepada Isi Semua Sekali, Barulah Mesra!Tatabahasa24.10.2025
123

Kembali ke atas