Tuan, berikut merupakan dua ayat yang perlu dibandingkan. 1. Encik Zamli telah menyenaraikan barangan keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. 2. Encik Zamli telah menyenaraikan barang keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. Yang manakah betul ? Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama dan betul. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
saya sedang mencari perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan. Bolehkah pihak tuan menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut sekian terima kasih. | Antara contoh perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan seperti 1. tapak - telapak, 2. kupas - kelupas, 3. kemumur - kelemumur. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 45, 71, 72, 131, 132, 217, 599, 602. | Lain-lain | 18.10.2010 |
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih. | 1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau. 2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang. 4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi". 6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
salam sejahteraa, 1. Adakah ayat di bawah ini boleh diterima/dikatakan betul? a. Meja itu kemas dan cantik. b. Kantin itu kemas dan cantik. 2. saya keliru dengan penggunaan kata ganti nama 'ia' sekarang ini, adakah boleh digunakan sebagai kata ganti nama bagi manusia, haiwan,tumbuhan dan benda? 3. penggunaan koma juga mengelirukansaya dan rakan-rakan. Adakah penggunaan koma sebelum 'dan' boleh diterima?atau sama ada terdapat koma atau tidak sebelum 'dan' itu boleh diterima?(Maksudnya kedua-duanya betul.) cth: Ali, dan Abu.... Ali, Abu, dan Amin..... Ali, Abu dan Amin.... terima kasih. | 1. Ayat itu betul. 2. Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi ia tidak digunakan kepada haiwan. 3. oleh diletak koma sebelum dan apabila menyenaraikan perkara yang berbeza kategori seperti Emak ke pasar membeli ikan, sotong, dan bakul. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
Saya terbaca peraturan: “Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama sapaan dalam surat rasmi walaupun tidak diikuti nama orang. Contohnya: Yang Berhormat, Yang Arif, Tuan dan Puan.” Saya menambah ayat contoh: Sukacita dimaklumkan bahawa surat Tuan yang bertarikh 7 Mei 2012 sudah mendapat perhatian kami. (T dalam Tuan huruf besar.) Soalan: 1. Adakan peraturan ini sudah tercatat dalam mana-mana buku karangan tokoh bahasa Melayu, khususnya terbitan DBP? 2. Apakah pendirian KNDBP tentang peraturan ini? Terima kasih. | Yang berhormat dan Yang Arif ialah sapaan khusus dan ditulis dengan huruf besar. Kamus Dewan telah menyenaraikan beberapa sapaan khusus untuk orang yang bergelar dan kesemua sapaan tersebut ditulis dengan hururf besar. Hal ini berbeza untuk sapaan tuan/puan, apabila ditulis dalam ayat huruf kecil yang digunakan. Dalam hal ini kami merujuk Kamus Dewan dan penulisan sapaan seperti yang tersebut telah lama diamalkan. | Tatabahasa | 09.05.2012 |