Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |
1. Rakan sebaya memberi /memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Soalan: memberi atau memberikan yang betul? | 1. Rakan sebaya memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | Tatabahasa | 26.06.2011 |
DBP, Bersama-sama emel ini saya sertakan masalah saya tentang penggunaan kata kerja transitif dan penggunaan kata bilangan himpunan. | 1. Kata kerja transitif boleh diikuti oleh objek yang menjadi menyambutnya sama ada kata nama atau frasa nama. Dalam ayat ini menyerahkan (kata kerja transitif) + objek (segala harapannya - frasa nama). 2. Kedua-dua ayat tersebut adalah gramatis, ayat pertama menggunakan penjodoh bilangan (Keempat-empat orang perompak itu kena tangkap polis) dan ayat kedua tidak menggunakan penjodoh bilangan (Keempat-empat perompak itu kena tangkap polis) . | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula. Maksud saya kekeliruan ini timbul daripada pendapat yang mengatakan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek/frasa nama dan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama /kata yang lain. Contohnya: 1. "Mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu" dikatakan salah, yang betulnya ialah 'Mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". 2. RTM Menayangkan semula filem-filem P Ramlee, sepatutnya RTM menayangkan filem-filem PR semula. Menyerahkan kepada Ali buku itu @ Menyerahkan buku itu kepada Ali. Mohon penjelasan. Terima kasih | Seperti yang tuan ketahui kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Dalam contoh yang diberikan ayat yang betul ialah "membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula" dan "mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". Walau bagaimanapun kita sering juga mendengar ayat tersebut dalam susunan yang kurang tepat seperti "membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu" dan "mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu". Oleh itu, hendaklah kita membiasakan penggunaan yang betul agar penggunaan tersebut menjadi ikutan kepada orang lain. | Tatabahasa | 30.04.2012 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |