Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyer.ta.i] | مڽرتاءي

Definisi : 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyer.ta.i] | مڽرتاءي

Definisi : ingin ~ pertandingan tenis itu. 2 meng­ikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyer.ta.i] | مڽرتاءي

Definisi : 1 mengikut serta; turut bersama: Saya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima?Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi  "Ali menyertai acara meniup belon".Tatabahasa23.06.2011
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ.Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata

Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis.
a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
Tatabahasa09.10.2012
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
Bagaimana hendak menyertai pertandingan dalam kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri Johor? Misalnya pertandingan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Selatan, Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my.

Lain-lain29.09.2010
Banyak orang menyertai acara larian merentas desa. Pertanyaan saya adalah, adakah perkataan banyak boleh digunakan dalam ayat ini. Apakah perbezaan antara banyak dengan ramai? Terima kasih.Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia dan banyak juga merujuk kepada bilangan, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja dan ramai juga merujuk kepada suasana.Tatabahasa11.07.2007
Adakah perenggan di bawah betul? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menyihatkan badan mereka. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan.

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah dapat menyihatkan badan mereka yang menyertainya. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
Inilah pengalaman pertama aku menyertai program seperti ini. Munsyi, adakah ayat ini gramatis, terima kasih.Ayat yang gramatis "Inilah pengalaman pertama aku menyertai program ini".Tatabahasa22.04.2012
Salam, betulkah ayat tanya ini? "Siapakah lagi yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih.Ayat  "Siapakah lagi yang akan menyertai ekspedisi ini?" betul.Tatabahasa03.05.2013
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih.

Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?".

Tatabahasa08.08.2011
12345678910

Kembali ke atas