Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyiar.kan] | مڽيارکن

Definisi : 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan me­nerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. me­mancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyiar.kan] | مڽيارکن

Definisi : 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 me­nyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; me­nyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata Kerja Transitif mesti disambut oleh objek / frasa nama. Contohnya Pihak kerajaan akan menyiarkan kepada umum surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel sepatutnya ditulis begini Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum. Akan tetapi, terlalu banyak ayat Kata Kerja Transitif yang salah, misalnya; mengumumkan dalam masa terdekat keputusannya. Sepatutnya mengumumkan keputusannya dalam masa terdekat dan banyak lagi kesalahan seumpamanya. bagaimana pula dengan menembak mati penjenayah (menembak penjenayah hingga mati), menghumum mati, menembak jatuh burung, dll?Pendapat tuan betul, kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat contoh dan frasa yang diberikan juga betul, iaitu Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum, menembak penjenayah hingga mati, menghukum orang yang bersalah dan menembak burung hingga jatuh.Tatabahasa06.04.2012
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
Aznil Haji Nawawi sering menggunakan perkataan “bersiaran”. Selain itu telah saya temukan perkataan “beriklan” (yang maksudnya “menyiarkan iklan", bukan ada iklan) dan “berinovatif”. Apakah pendirian DBP terhadap kewujudan perkataan seperti ini?Awalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Awalan beR- boleh bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja (siar) dan kata adjektif (inovatif). Oleh itu, beriklan hanya membawa makna mempunyai iklan dan tidak membawa makna menyiarkan iklan.Tatabahasa31.05.2007
Assalammualaikum, saya ingin bertanya sekiranya terdapat jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa.Lain-lain24.05.2012
Hidup Ini Indah Oct 20th, 4:58pm Asalamualaikum DBP. saya memohon DBP buat tindakan kepada media tv agar hanya menyiarkan temubual, ucapan menteri dan sesiapa sahaja dalam Bahasa Melayu sahaja. Berita buletin utama Bahasa Melayu tetapi wawancara menteri berbahasa Inggeris. Kenapa menteri Melayu sendiri tidak mahu berbahasa Melayu???Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang diurussetiakan oleh DBP berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan pengurusan tertinggi dan atasan sector awam. Perkara ini diambil perhatian oleh Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Media dan Komunikasi agar diberi perhatian oleh pihak media sendiri, di samping jati diri dan kecintaan kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pemimpin dan pengurusan tertinggi sektor awam amatlah diharapkan dalam menangani isu ini.Lain-lain21.10.2015
Saya merupakan lulusan daripada UUM. Saya berminat untuk bekerja di DBP. Apakah masih ada kekosongan jawatan di DBP?Dimaklumkan DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya puan berminat, puan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa.Lain-lain28.07.2012
Saya pelajar UiTM yang sekarang sedang mengikuti program Latihan Industri di sebuah syarikat, iaitu TAMCO Switchgear (M) Sdn. Bhd, saya ditugaskan untuk menyiarkan artikel berkenaan aktiviti syarikat yang dijalankan baru-baru ini, saya ingin mendapatkan no yang boleh menghubungi Dewan Ekonomi untuk memuatkan artikel saya dalam majalah tersebut, kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasihKami amat mengalu-alukan keinginan saudara untuk nmenghantra artikel kepda kami. Saudara boleh menghantar artikel kepada editor Dewan Ekonomi, jun@dbp.gov.myLain-lain04.01.2011
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting.Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong.Ejaan04.10.2011
Mohon penjelasan sama ada perkataan "Pemasyhuran" boleh digunakan di dalam majlis-majlis rasmi biasa atau hanya boleh digunakan di dalam majlis melibatkan protokol Istana?Permasyhuran bermaksud perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain, contohnya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran bukanlah bahasa diraja dan boleh digunakan dalam konteks umum.Istilah12.10.2012
Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih."Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia.

"Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain.

Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".


Makna25.07.2020
123

Kembali ke atas