"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. | Ejaan | 19.10.2011 |
Puan, Jawaban yang paling tepat untuk ayat berikut ialah " menyikat" atau " menyisir"? Puan Hamidah sedang _______ rambut anak perempuannya supaya tidak kusut. Terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah menyikat. | Tatabahasa | 14.08.2013 |
Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Jawapan yang betul ialah Mei Mei mengikat atau menyikat rambut? | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
1. Adakah "sikat" dan "berus" boleh diterima sebagai kata kerja tunggal? 2. Betulkah penggunaan perkataan "sikat" dan "berus" seperti berikut: a> Anisa sikat rambutnya. b> Ali berus kasutnya. **Terima kasih** | Sikat dan berus ialah kata nama am. Ayat yang betul ialah "Ali menyikat rambutnya" dan "Ali memberus kasutnya". | Tatabahasa | 03.05.2014 |