Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.la.kan] | مڽيلاکن

Definisi : ; ~ kaki menyilangkan kaki (spt bersila). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.la.kan] | مڽيلاکن

Definisi : meminta (men­jemput, mengajak) dgn hormat supaya ...: ibu telah ~ perempuan yg datang itu duduk dekatnya; dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum; semua yg berbakat dlm memasak dipersila­kan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yg disediakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.la.kan] | مڽيلاکن

Definisi : me­min­ta (mengajak dsb) dgn hormat: Tuan rumah telah ~ tetamunya masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyi.la.kan] | مڽيلاکن

Definisi : menyilangkan kaki spt bersila. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sila
Kata Terbitan : menyilakan, mempersilakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'menjemput' dengan 'mengundang'? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan undang bermaksud mempersilakan datang, menjemput(supaya menghadiri sesuatu majlis). Perkataan jemput bermaksud mengajak, menyilakan datang mengundang. Oleh yang demikian dalam penggunaan di negara kita tidak ada perbezaan dari segi makna dan penggunaan.Makna24.04.2008
Yati menjemput rakan-rakannya menghadiri majlis hari jadinya pada minggu hadapan. (tuan, mengapa ikut buku rujukan, menjemput adalah salah ?)

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud menjemput ialah  mengajak atau menyilakan datang; mengundang. Oleh itu, menjemput boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.

Makna03.08.2011
Apakah beza "jemput' dengan 'sila? Adakah penggunaannya boleh ditukar ganti?Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna26.07.2007
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut?Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 

Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya.

Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya.
Tatabahasa16.07.2013

Kembali ke atas