Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'menjemput' dengan 'mengundang'? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan undang bermaksud mempersilakan datang, menjemput(supaya menghadiri sesuatu majlis). Perkataan jemput bermaksud mengajak, menyilakan datang mengundang. Oleh yang demikian dalam penggunaan di negara kita tidak ada perbezaan dari segi makna dan penggunaan. | Makna | 24.04.2008 |
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut? | Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya. Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya. | Tatabahasa | 16.07.2013 |