Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
menyimpan di dalam laci atau menyimpan ke dalam laci. Masing-masing terdapat pendapat yang berlainan mungkin kah ini disebabkan oleh pengaruh daripada Bahasa Inggeris 'put into'? Jadi, yang manakah satu adalah betul. | Ayat yang betul ialah 'menyimpan di dalam laci'. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Tolong beritahu mana yang betul. Terima kasih. Ali menyimpan buku di dalam almari. Ali menyimpan buku ke dalam almari. | Ali menyimpan buku di dalam almari. | Tatabahasa | 07.11.2008 |
Salam sejahtera. Mohon pencerahan. Persoalan saya ialah: Puan Farah menyimpan pakaian di ampaian. Penggunaan menyimpan betul tak? Terima kasih. | Penggunaan perkataan menyimpan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat, perkataan yang sesuai ialah menyidai. | Tatabahasa | 03.10.2014 |
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu? | Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu. | Tatabahasa | 05.04.2007 |
Yang manakah betul? 1. Tuan aku mengguna aku untuk menyimpan data. 2. Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
Rais menyimpan keazaman yang padu, iaitu dia pasti akan menebus kegagalannya sebelum ini. Munsyi, adakah satu untuk kata nama konkrit, maka suatu keazaman lebih sesuai digunakan? TK | Perkataan "suatu" tidak perlu ditambah sebelum "keazaman" kerana ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
'Nenek menyimpan barang-barang kemasnya dengan rapi.' Bolehkah tuan terangkan kepada saya apakah kesilapan dalam ayat ini. 'Ali memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.' Bolehkah kita menggunakan 'memasang angan-angan' terima kasih | Perkataan "barang kemas" memadai dan tidak perlu digandakan, manakala "memasang angan-angan" tiada dalam rujukan kami sama ada dalam bentuk peribahasa atau ungkapan Melayu, perkataan tersebut mungkin digunakan sebagai bahasa percakapan. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Adakah DBP menyimpan kertas kerja perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berkait persetujuan yang dibuat tentang pelambangan bunyi bahasa Melayu? Contoh mengapa 'sj' di Indonesia dan 'sh' di Malaysia diselaraskan menjadi 'sy'? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau mendapatkan bahan carian dengan melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan yang diperlukan dapat diperoleh melalui carian tersebut. Selamat mencuba. | Lain-lain | 15.07.2019 |
"Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut? | Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan. | Lain-lain | 26.07.2018 |