1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu? | Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu. | Tatabahasa | 05.04.2007 |
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Apakah kesalahan pada ayat ini? 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. | 1. Hazri menyimpan sepertiga daripada gaji bulanannya. Ayat contoh ini betul. 2. Kambing jantan itu ditambat kepada pokok rambutan. Ayat yang betul ialah - Kambing jantan itu ditambat pada pokok rambutan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |
Boleh tak tolong jelaskan penggunaan 'di' dan ' ke' dalam ayat-ayat berikut : 1) Wei Han menyimpan buku di/ke dalam kotak. 2) Wei Han memasukkan buku di/ke dalam beg sekolah. Harap mendapat penjelasan daripada tuan.terima kasih. | (1) Wei Han menyimpan buku ke dalam kotak. (2) Wei Han memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Frasa "di dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan tempat yang mempunyai ruang, seperti pen di dalam kotak, manakala frasa "ke dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas. | Tatabahasa | 23.10.2017 |
Yang manakah betul? 1. Tuan aku mengguna aku untuk menyimpan data. 2. Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya berberapa soalan. 1.Mana satukah ayat yang betul. (a) Ani menyimpan gunting di dalam laci. (b) Ani menyimpan gunting ke dalam laci. 2. Minta penjelasan penggunaan di dalam dan ke dalam. | Menurut Tatabahasa Dewan kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Oleh itu, ayat Ani menyimpan gunting ke dalam laci lebih tepat. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
Ayat manakah yang betul? 1. A) Peluh keluar dari badan kita. B) Peluh keluar daripada badan kita. 2. A) Saya menyimpan buku di dalam beg. B) Saya menyimpan buku ke dalam beg. Terima kasih. | Saudara, Ayat yang betul ialah i. Peluh keluar daripada badan kita.(penggunaan 'daripada' bagi maksud sumber) ii. Saya menyimpan buku di dalam beg berbanding dengan 'Saya memasukkan buku ke dalam beg.' | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih. | Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Selamat sejahtera.Saya ingin bertanya tentang kata sendi“di”dan“ke”. Bagaimana kita hendak bezakan?Cth:1.menanam bunga ke/di dalam pasu. 2.menyimpan pisau ke/di dalam laci.3.melancong ke/di Melaka.4.memasukkan duit ke/di dalam tabung.5.meyimpan duit ke/di dalam tabung. Adakah “menyimpan” diikuti dgn di dalam dan “memasukkan ”diikuti dgn ke dalam?Terima kasih atas bantuan tuan. | Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh: 1. Menanam bunga di dalam pasu. 2. Menyimpan pisau di dalam laci. 3. Melancong ke Melaka. 4. Memasukkan duit ke dalam tabung. 5. Menyimpan duit di dalam tabung. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Perbezaan Kata sendi "di" dan "ke". 1. Menanam sayur di dalam pasu bunga. 2. Menyimpan wang di dalam bank. 3. Bercuti di kampung. | Merujuk data kami kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu katan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kesemua contoh yang diberikan betul kecuali 2. Menyimpan wang di bank. | Lain-lain | 03.06.2017 |