Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.kap] | مڽيڠکڤ

Definisi : 1. membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit-­belit); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kap] | مڽيڠکڤ

Definisi : 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkap
Kata Terbitan : menyingkap, tersingkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah padanan yang paling tepat untuk perkataan "menyingkap"? e.g. Wayang tersebut singkap kegemilangan pawagam di Geylang zaman 50-anPerkataan “menyingkap” dalam ayat “Wayang tersebut menyingkap zaman kegemilangan pawagam di Geylang pada tahun 50-an”, betul.Tatabahasa25.08.2022
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebutUntuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih  3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan  Makna26.07.2011
Saya adalah pelajar ijazah sarjana, ingin mendapatkan maklumat berkenaan pandangan ahli sarjana bahasa atau ahli sejarah atau sasterawan terhadap buku atau teks HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI dari sudut berikut: a). Sumbangan teks klasik ini kepada pengamal bahasa Melayu masa ini (genarasi sekarang). b). Penggunaan teks ini sebagai sampel kajian terhadap pengkaji bahasa khusus kepada kajian tatabahasa Melayu. c). Keperluan teks ini kepada kajian pada masa hadapan. Sekian terima kasih Ghans
Abdullah Munsyi dan Sastera CetakHashim AwangSeminar Sastera Cetak Abad ke-19KK 899.2309 Sem Terperinci
Menyingkap Tempurung Orang Melayu: Sejarah Melayu, Buku Teks dan Abdullah MunsyiPutten, Jan Van DerSeminar Sastera Cetak Abad ke-19

Andah boleh merujuk kertas kerja ini :

1. Abdullah Munsyi dan Sastera Cetak oleh Hashim Awang

2. Menyingkap Tempurung Orang Melayu : Sejarah MElayu,Buku TEks dan Abdullah Munsyi oleh Putten,Jan Van Der

' Seminar Sastera Cetak Abad ke 19'.

Saudara juga boleh merujuk dalam artikel majalah Dewan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP

Lain-lain29.10.2008
Apakah maksud sejarah ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud:

sejarah
kata nama 
1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang:
Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy.
Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu.


2
kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh:
Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara.

3
(dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya:
Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah.
Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu.


4
peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi:
Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula.
Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita.
Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri.


5
rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya:
Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri.
Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk.


6
asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah:
sejarah orang Melayu;

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994.
Makna06.11.2023

Kembali ke atas