Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.kat.kan] | مڽيڠکتکن

Definisi : 1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kat.kan] | مڽيڠکتکن

Definisi : membuat jadi singkat; memendekkan; meringkaskan: Kerana waktu tidak mengizinkan, saya terpaksa ~ ucapan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkat (adjektif)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,

2. Dalam konteks berita
bersinonim dengan ringkas, pendek,
Berantonim dengan panjang

3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,

Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan seperti sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi jap ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahanSalam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi.  

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.


Lain-lain25.10.2020
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Saya seorang pelajar asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan saya sedang melakukan kajian mengenai penggunaan singkatan dalam Bahasa Melayu . Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka , adakah pihak DBP bersetuju bahawa masyarakat Malaysia kini terlalu banyak menggunakan singkatan perkataan ( peninggalan bunyi ) dalam bahasa Melayu ? Sebagai contoh , masyarakat Malaysia sering menyingkatkan perkataan dalam percakapan seperti sudah menjadi dah, tidak boleh menjadi takleh, sekejap menjadi jap . Adakah penggunaan singkatan yang berlebihan dalam komunikasi ini benar-benar berlaku ? Jika ya, apakah kesannya kepada masyarakat dan apakah langkah yang patut masyarakat Malaysia lakukan untuk mengatasi masalah ini ? Sekian persoalan dari saya. Terima kasih.Salam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. 

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar.

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.

Lain-lain25.10.2020

Kembali ke atas