Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi "menghapuskan" dan "menyingkirkan"? Sila terangkan lebih lanjut tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini membawa beberapa maksud dan disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, menghapuskan antaranya bermaksud menjadikan hapus atau menghilangkan dengan menggosok atau sebagainya. Menyingkirkan antaranya bermaksud mengetepikan atau menghindarkan. | Tatabahasa | 17.02.2015 |
Apakah translasi sesuai untuk ayat ini? "Demote Participant"? Bidang IT. -Menyingkirkan atau membuang | Tiada data berkaitan frasa “demote participant” dalam bidang teknologi maklumat. Sila berikan konsep penggunaan frasa ini dalam bidang yang tersebut untuk cadangan padanan dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2014 |
Setahu saya, kata tanya tidak harus wujud dalam ayat penyata, tetapi pada praktikalnya kita sukar untuk menyingkirkan segala kata tanya dalam ayat penyata. Misalnya: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut mana yang harus dipilihnya. Bagaimanakah kita dapat menyingkir kata tanya dalam ayat seumpama ini? terima kasih | Ayat yang gramatis: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut yang harus dipilihnya. - kata tanya mana tidak perlu hadir dalam ayat ini kerana menjadi lewah bagi ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.12.2010 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat? | Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat: kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa. | Sastera | 06.04.2013 |