Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.ram] | مڽيرم

Definisi : 1. mencurahkan air dll pd, men­dirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.ram] | مڽيرم

Definisi : 1 mencurahkan air dsb pd sesuatu: ~ bunga. 2 menjirus dgn air (supaya bersih dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siram
Kata Terbitan : bersiram, menyiram, menyiramkan, persiraman, penyiraman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah"menyiram air pada pokok bunga"betul?kerana ada yang mengatakan bahawa"menyiram" sudah membawa maksud"mencurahkan air",maka "air" perlu digugurkan .Menyiram boleh membawa maksud mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu, namun lazimnya air yang digunakan untuk menyiram. Frasa "menyiram bunga" sudah lengkap dari segi makna.Tatabahasa08.05.2014
Apaka perbezaan di antara menyiram dan menjirus?Menyiram bermaksud mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu, misalnya bunga; mendirus atau menjirus. Menjirus bermaksud menyiram dengan air.Makna09.06.2008
Ibu menyiram pokok bunga di halaman. Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah. Adakah ayat pertama salah?

Kedua-dua ayat di atas betul. Kata kerja “menyiram” dalam ayat ini ialah kata kerja transitif iaitu mesti diikuti oleh objek dan juga diikuti oleh keterangan. (sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 386).

Subjek                           Kata Kerja                        Objek                                  Keterangan
1. Ibu                             menyiram                        pokok bunga                        di halaman.
2. Ibu                             menyiram                        pokok bunga                        di halaman rumah.

  

Tatabahasa12.03.2018
Tuan, 1) Saya dan ayah bersama menyiram bunga. 2) Saya dan ayah menyiram bunga bersama. Dua ayat tersebut, yang manakah betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya dan ayah menyiram bunga bersama-sama."Lain-lain20.07.2022
1. Kakak sedang menyiram bunga di halaman rumah. 2. Kakak sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Saya ingin tahu ayat manakah adalah betul dari segi tatabahasa.Ayat yang gramatis ialah Kakak sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.Tatabahasa27.10.2014
imbuhan kepada perkataan menyiram

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Puan saya tidak begitu faham apakah yang puan ingin tanyakan. Kalau menyiram kata dasarnya ialah siram dan sudah tentulah dalam hal ini imbuhan yang digunakan ialah meny... tetapi kalau imbuhan bag perkataan menyiram...... ia boleh sahaja digunakan imbuhan  i, lantas menjadi menyirami atau kan... untuk menjadi menyiramkan. Terima kasih.

Tatabahasa17.05.2009
RINA MENYIRAM POKOK BUNGA ___ KAKAKNYA MENYAPU SAMPAH DI HALAMAN RUMAH. MANAKALA ATAU SEMENTERADUA-DUA BOLEH DIGUNAKAN MANAKALA ATAU SEMENTARA.Tatabahasa24.02.2011
1Biki menyiram sayur supaya subur. 2Biki menyiram sayur supaya segar. YANG MANA SATU AYAT BETUL?Ataupun kedua-dua boleh diterima?Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa18.09.2015
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? (1) Adik ditugasi menyiram bunga setiap hari. (2) Adik ditugasi menyirami bunga setiap hari. Kata kerja yang betul ialah "menyiram" atau "menyirami"? Perlukah akhiran-i ditambahkan?Ayat yang betul ialah Adik ditugaskan untuk menyiram bunga pada setiap hari.Tatabahasa09.01.2015
Salam. A) Ibu menanam bunga di taman. Ibu menanam pokok bunga di taman. Ibu menyiram bunga di taman. Ibu menyiram pokok bunga di taman. Manakah ayat yang tepat? B) Ibu tanam sayur di kebun. Bolehkah guna " tanam " dalam ayat?Ayat yang betul ialah   1). Ibu menanam pokok bunga di taman; 2). Ibu menyiram pokok bunga di taman. 3). Ibu menanam sayur di kebun. (kata kerja  "taman"  mendapat awalan meN- iaitu "menanam"  yang membawa maksud melakukan sesuatu)
(
Tatabahasa20.09.2020
1234

Kembali ke atas