Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.ra.mi] | مڽيرمي

Definisi : menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.ra.mi] | مڽيرمي

Definisi : 1 menyiram berkali-kali; menyiram banyak-banyak. 2 menjadikan sesuatu disiram: Hujan ~ bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyirami


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah??Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air.Tatabahasa23.11.2012
imbuhan kepada perkataan menyiram

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Puan saya tidak begitu faham apakah yang puan ingin tanyakan. Kalau menyiram kata dasarnya ialah siram dan sudah tentulah dalam hal ini imbuhan yang digunakan ialah meny... tetapi kalau imbuhan bag perkataan menyiram...... ia boleh sahaja digunakan imbuhan  i, lantas menjadi menyirami atau kan... untuk menjadi menyiramkan. Terima kasih.

Tatabahasa17.05.2009

Kembali ke atas