Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.ta] | مڽيتا

Definisi : merampas (mengambil, menahan) barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: sekalian barang itu telah disita dan dijaga baik-baik oleh tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.ta] | مڽيتا

Definisi : merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sita
Kata Terbitan : menyita,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, Pertanyaan saya ialah : 1. Apakah maksud rangkai kata MENYITA KETIRISAN dan mohon tuan berikan satu contoh ayat tentangnya. 2. Apakah makna kata KOLERASI? Mohon tuan berikan contoh ayat. TERIMA KASIH.Ketirisan bermaksud kebocoran seperti ketirisan atap rumah, ketirisan rahsia. Namun rangkai kata menyita ketirisan tidak sesuai digandingkan kerana menyita bermaksud merampas (mengambil/menahan). Perkataan kolerasi tiada dlm sumber yang ada korelasi bermaksud hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait.Makna24.07.2007
maksud sita1. Sita atau menyita bermaksud merampas barang-barang dsb dengan perintah mahkamah. 2.Sita dalam bahasa klasik bermaksud putih bersih.Makna27.07.2006
Lak dan kata terbitan Lak

Perkataan “lak” membawa makna berbeza, iaitu pelekat yang diperbuat daripada damar berwarna merah. Oleh yang demikian, perkataan yang sesuai dalam ayat tersebut ialah “menyita”.

Contoh ayat: Penguat kuasa perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum menyita premis yang melakukan kesalahan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1217.

Tatabahasa22.10.2024

Kembali ke atas