Penyertaan semua kaum dalam bidang sukan dapat menyuburkan lagi semangat perpaduan. Ayat ini betul atau salah? | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih | Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan: “Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan” atau “Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”. | Tatabahasa | 27.02.2024 |
apakah terjemahan yang sesuai bagi tuntutan produk penjagaan rambut seperti di bawah: 1. Nourished hair 2. Nourishing hair 3. Nourish | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan terjemahan yang berikut: 1 nourished hair - rambut subur 2. nourishing hair - menyuburkan rambut 3. nourish - menyuburkan | Penyemakan dan penterjemahan | 27.09.2022 |
translate "VIGOR EFFECT" to B.Malaysia for paddy use. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk vigoe effect.Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "Vigor" bermaksud kesuburan atau kecergasan.Dalam konteks ini, kami berpendapat perkataan kesuburan ialah sesuai kerana merujuk kepada tanaman.Mungkin boleh diterjemahkan sebagai Berkesan menyuburkan tanaman.Perkataan kekalan juga salah perlu ditukar kepada kekal. | Istilah | 09.02.2012 |
apa dia bulan bahasa | Saudara, Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Pada tahun ini pelancaran BBK diadakan pada bulan Oktober. | Lain-lain | 17.10.2009 |
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
bilakah sambutan bulan bahasa kebangsaan pertama kali diadakan? | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, pelancaran BBK diadakan pada bulan Oktober. Untuk keterangan lanjut tentang Bulan Bahasa Kebangsaan sila layari laman Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan dan laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.10.2010 |