Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. mengapakah kesalahan bahasa ialah apa? adakah kita perlu menggunakan " apa-apa"? | Antara fungsi "apa" ialah pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang),contoh ayat: tidak terdengar apa yg kaucakapkan. Oleh itu "apa" dalam ayat "Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu." boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ? | 1. mengetengahkan 2. mengetepikan 3. mengepalai 4. menunjang 5. memastikan 6. mencintai 7. menyukarkan 8. penyajak 9. pemelajaran 10. menyabitkan | Tatabahasa | 24.07.2011 |
soalan Bolehkah terangkan dengan detail tentang a)Apakah definisi pantun b)Jenis pantun c)Ciri-ciri pantun d)format pantun e)tujuan pantun | Sdr. Zaini, Jawapan bagi soalan ini dimasukkan dalam lampiran jawapan yang bertajuk [PUISI TRADISIONAL - PANTUN] kerana ruangan ini amat terbatas dan menyukarkan saya untuk menjawab beberapa soalan sekali gus. sekian, terima kasih. | Sastera | 14.05.2012 |
Saya memerlukan huraian terperinci untuk memahami fungsi imbuhan men-...-kan dan men-...-i dalam kata kerja transitif aktif. kesukaran saya memahami penggunaan imbuhan apitan dalam kata kerja ini amat memeningkan kepala. walaupun penerangan tentang imbuhan ini dalam buku tatabahasa agak jelas pada mulanya namun apabila diajukan pertanyaan ataupun ayat yang baru ia agak menyukarkan saya sama ada akan menggunakan imbuhan men...kan ataupu meng...i dalam memastikan penggunaan imbuhan ini tepat dan gramatis dalam ayat. sebagai contoh diperturunkan contoh penggunaan imbuhan ini sebagai mana yang tercatat dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 372. ayat 1: Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.( betul) ayat 2 : Ahmad menghadiahi Ali buku.(betul) berdasarkan contoh ayat di atas saya memerlukan huraian yang terperinci penggunaan imbuhan tersebut dalam ayat dan cara untuk memahami penggunaan imbuhan ini apabila berhadapan dengan ayat yang berbeza dalam sesebuah petikan atau rencana. Adakah terdapat perbezaan hukum penggunaan imbuhan ini apabila sesuatu ayat itu mengandungi satu objek ataupun dua objek. | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul? | Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490. | Tatabahasa | 09.09.2013 |