Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay Seven | Untuk makluman, makna “menyumbang” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif. | Makna | 22.12.2016 |
faktor menyumbang kepada kesalahan tatabahasa? | faktor yang menyumbang kepada kesalahan tatabahasa ialah kelemahan menguasai hukum tatabahasa dan kurangnya pengetahuan atau maklumat tentang bahan rujukan standard seperti Kamus, Buku Tatabahasa, tesaurus dsb. | Lain-lain | 31.07.2007 |
Salam sejahtera, saya difahamkan bahawa “yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” merupakan predikat ayat. Pertama, bolehkah kata relatif “yang” dapat membentuk predikat ayat? Kedua, antara ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu ialah ayat relatif. Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Persoalannya, adakah “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” itu ayat majmuk pancangan relatif? Penjelasan pihak tuan dapat meleraikan kemusykilan yang didepani penguna-penguna bahasa. Sekian, terima kasih. | 1. Kata relatif “yang” boleh menjadi sebahagian daripada predikat, akan tetapi tidak boleh menjadi penanda predikat. 2. Ayat “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” merupakan ayat majmuk pancangan relatif. Nota: Kami mohon maaf atas kekeliruan jawapan sebelum ini. | Tatabahasa | 23.11.2018 |
Salam sejahtera. Many factors may contribute to the failure to establish relationships between units of knowledge. Terjemahan: Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan mewujudkan hubungan di antara cebisan pengetahuan. Mohon beri pendapat terjemahan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan ialah Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan mewujudkan hubungan antara unit pengetahuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2016 |
Salam sejahtera. “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” Ayat di atas merupakan ayat tesis atau ayat arahan yang lazim ditemukan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Dari aspek sintaksis, adakah ayat ini betul? Andai kata betul, yang mana subjek dan yang mana predikat? Sekian, terima kasih. | Ayat yang diberikan tidak mempunyai sebarang kesalahan. Subjek bagi ayat tersebut ialah "Terdapat beberapa faktor", manakala predikatnya pula iala "yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam karangan remaja. | Tatabahasa | 20.11.2018 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya penggunaan perkataan untuk ayat di bawah. Apakah sebab-sebab yang menyumbang kepada penceraian/perpisahan itu? Soalan: Adakah betul penggunaan perkataan penceraian di atas? atau perlu diganti dengan perkataan perceraian? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, perceraian bermaksud perpisahan atau perpecahan, perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri) manakala penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. Maka ayat yang lebih sesuai ialah "Apakah sebab-sebab yang menyumbang kepada penceraian atau perpisahan itu?"
| Tatabahasa | 03.07.2024 |
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah. | Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 09.02.2022 |
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah. | Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 09.02.2022 |
Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan. | Terima kasih atas pertanyaan Sdr. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi. Mudah-mudahan Sdr berjaya.
| Lain-lain | 19.04.2011 |
Saya berminat untuk menulis. Bagaimanakah saya boleh menyumbang karya dan adakah saya dibayar? | Bayaran untuk karya yang diterbitkan: i. Terbit di majalah a) Dewasa/umum = RM 300.00/siaran b) Remaja = RM 200.00/siaran c) Kanak-kanak = RM 100.00/siaran ii. Jurnal = RM 300.00/siaran iii. Tabloid = RM 100.00/siaran Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 27.02.2009 |