Saya ingin menyumbangkan hasil penulisan saya kepada pihak DBP dan saya ingin tahu tentang jenis-jenis penulisan serta bayaran yang diberikan. Terima kasih. | Jenis penulisan - penulisan dibuat untuk buku umum, buku ilmiah, buku sokongan, majalah, dan entri indeks ensiklopedia. Bayaran untuk buku kebanyakannya dibuat dalam bentuk royalti. Manakala untuk majalah dan ensiklopedia dalam bentuk honorarium. Bayaran dibuat mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh DBP. | Lain-lain | 07.01.2008 |
Apakah prosedur sekiranya saya ingin menyumbangkan artikel untuk mana-mana Majalah (contohnya Dewan Masyarakat / Dewan Ekonomi)? Contohnya: Perlukah saya mendaftar / bil. patah perkataan yang diperlukan / format / artikel mesti dalam bahasa Melayu? / jadual masa penerbitan / dan lain-lain. Terima kasih. | Prosedurnya mudah sahaja. Sila hantar makalah terus kepada editor majalah berkenaan. Alamat emel editor ada pada halaman editorial majalah. | Lain-lain | 06.02.2009 |
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera, Salam penuh takzim, Saya berminat untuk menyumbangkan artikel dalam majalah Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat, namun bagaimanakah caranya? Adakah penulisan artikel mesti berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh DBP? Mohon pencerahan. Trm kasih. | Waalaikumsalam. Setiap bulan sidang editorial akan menetapkan tema untuk majalah masing-masing. Walau bagaimanapun, puan boleh menghantar sebarang artikel yang sesuai dengan majalah yang dipilih kerana terdapat banyak ruangan lain yang disediakan untuk penulis.Terima kasih | Lain-lain | 12.04.2013 |
assalammualaikum , saya amat berminat di dalam karya berfokuskan sastera.saya ingin sekali untuk menulis dan ingin menyumbangkan idea kepada masyarakat . tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menghantar hasil idea saya kepada pihak tuan/puan. Jadi saya perlukan khidmat nasihat dari pihak tuan/puan dalam membantu saya . sekian terima kasih | Sdr bolehlah hantar kepada Rozninah Abd. Azib, Editor Dewan Sastera di alamat rozninah@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2010 |
1.Apakah maksud perkataan menggalang ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri; 3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.03.2010 |
bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran.. | Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. | Lain-lain | 22.07.2008 |
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya. | Salam sejahtera, Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah. 1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis. 2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip. | Lain-lain | 18.10.2011 |
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel | Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong yang telah diadakan pada 2 Februari 2010. | Lain-lain | 11.02.2010 |
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang. | Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Salam sejahtera tuan atau puan di DBP Saya ingin sangat mengetahui apakan peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan bagaimanakan pihak DBP menjalinkan kerjasama dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain dalam kegitan pemodenan dan perancangan bahasa Melayu ini. Diharapkan agar pihak DBP dapat berkong si serba sedikit tentang peranan DBP dan kerjasama serantau. Sekia | Dalam ruangan yang terhad ini sedikit maklumat yang dapat disampaikan tentang kerjasama kebahasaan serantau dengan negara anggota ASEAN. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Negara Singapura walaupun tidak menjadi ahli dalam Majlis tersebut tetapi turut sama menyumbangkan tenaga/ilmu sebagai anggota pemerhati. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Mabbim wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan berwibawa, DBP. 1992; Sekilas MABBIM, Pusat Bahasa (Indonesia), 2008; dan 25 Tahun MABBIM, terbitan DBP, juga artikel Mabbim menyatukan bahasa serantau, | Noresah Baharom, | Utusan Malaysia | 02.03.1998. |
| Lain-lain | 04.09.2011 |