Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.rat] | مڽورت

Definisi : 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.rat] | مڽورت

Definisi : 1 membuat surat; menulis surat: Dia telah mengambil upah ~. 2 membuat tulisan; menulis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyurat

Puisi
 

Kalau tuan pandai menyurat,
     Mari menyurat kertas biru;
Kalau tuan pandai mengubat,
     Mari ubat hatiku rindu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menulis di atas air.

Bermaksud :

Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
surat menyurat atau surat-menyurat?

Tuan,

Istilaj yang betul ialah surat-menyurat

Tatabahasa26.09.2011
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih.Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat.Lain-lain22.04.2012
Correspondence File : Fail Surat Menyurat?Betul. Padanan bahasa Melayu bagi correspondence file ialah fail surat-menyurat.Istilah08.04.2009
Kakanda : Abang atau Kakak (utk tujuan surat menyurat). Bagaimana pula dengan Suami? Adakah penggunaan Kakanda sesuai? Adinda: Adik lelaki atau perempuan (utk tujuan surat menyurat). Bagaimana pula dengan Isteri? Adakah penggunaan Adinda sesuai?Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, kakanda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat. Selain bermaksud abang, kakak dan adik, kakanda dan adinda juga sesuai digunakan untuk panggilan kepada suami dan isteri dalam surat tidak rasmi.Lain-lain05.03.2017
Assalamualaikum. Tuan, Saya mempunyai persoalan berkaitan penggunaan salutasi dalam urusan surat menyurat dan mesyuarat rasmi. Fail berkaitan (Garis Panduan Penggunaan Salutasi dalam Surat Menyurat dan Majlis Rasmi serta Kedudukan Pegawai dalam Majlis Rasmi di USIM) turut dikepilkan. Sekian. Terima kasih.Tidak ada perkataan salutasi dalam pangkalan data kami. Perkataan salutation diterjemahkan kepada salam atau penghormatan. Dalam konteks garis panduan tersebut salutasi yang dimaksudkan ialah sapaan.Tatabahasa13.03.2017
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga.Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.Lain-lain11.05.2007
1. Adakah penggunaan tuan dalam surat-menyurat boleh digunakan walaupun kita tahu orang yg menerima surat itu adalah perempuan? 2. Betulkah ayat ini "Adalah dimaklumkan bahawa penama berikut adalah wakil syarikat"?Kata tuan dalam surat -menyurat boleh digunakan kerana merujuk jawatan penerima. Ayat yang betul ialah Dimaklumkan bahawa penama berikut ialah wakil syarikat. Kata adalah tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Tatabahasa30.01.2008
As salam, Bolehkah istilah surat-menyurat digunakan dalam konteks teknologi maklumat berhubung kiriman emel, kiriman di dunia maya seperti perbualan dengan khidmat sokongan di laman2 web. Sebagai contoh: apabila pengguna ingin menghantar maklum balas atau pertanyaan kepada bahagian sokongan yang sering terdapat pada laman2 web masa kini? Selain itu, adakah tepat istilah yang sama digunakan untuk "contact form" kerana istilah ini digunakan untuk pengguna mengisi pertanyaan atau memberikan maklum balas kepada pentadbir web dalam satu borang khas secara dalam talian. Jika tidak, adakah istilah padanan "borang hubungan" menepati konteks. Ini disebabkan, "bunyinya" agak aneh meskipun maknanya mungkin betul. Terima kasih duluan.Salam,

1. Soalan nombor 1 agak kurang jelas maksudnya. Akan tetapi, untuk makluman saudara, surat-menyurat hanya digunakan untuk hal-hal yang berhubung dengan surat (melibatkan kertas yang ditulis, segala sesuatu yang tertulis) yang diterima ataupun dikirimkan sama ada melalui pos atau dihantar sendiri, bukannya e-mel dan yang berkaitan dengannya.
2. Perkataan contact form memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai borang maklumat.
Lain-lain23.09.2015
Tuan, dalam surat menyurat ada perenggan ayat yang ditulis" pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Ismail di talian 019 4536027. Soalannya bolehkah penggunaan kata " di talian" kita gunakan sebabnya nombor telefon ini bukannya menggunakan talian (kabel). Apakah kata yang sesuai?

Ayat yang betul ialah pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Ismail melalui talian 019-4536027.

Tatabahasa10.02.2015
Penggunaan perkataan 'Adalah dimaklumkan' dalam surat menyurat telah digantikan dengan penggunaan 'Dimaklumkan bahawa'. Minta DBP beri petunjuk bukti/panduan pertukaran ini mengikut pekeliling mana. Untuk carian semula sebagai bukti ianya di tukar dalam urusan surat mnyurat di jab ini.Adalah tidak boleh digunakan pada permulaan ayat, frasa yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa .... Tiada pekeliling khusus mengenai pertukaran (yang salah kepada yang betul) ini, untuk keterangan lanjut buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa10.12.2007
123456789

Kembali ke atas