Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh.kan] | مڽوروهکن

Definisi : 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyuruhkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"menyuruh orang menghimpunkan semua rakyat" ataupun "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakah lebih tepat. Apakah bezan kegunaannya "menyuruh" dan "menyuruhkan"Menyuruh dan menyuruhkan, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif. Menyuruh bermaksud memberi perintah atau menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Pihak tentera menyuruh pemandu membuka tempat simpan barang), manakala menyuruhkan bermaksud menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Sultan pun menyuruhkan utusan utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini). Berdasarkan makna, kedua-dua perkataan membawa maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun perkataan menyuruhkan banyak ditemukan dalam wacana klasik. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, sekiranya diambil daripada karya klasik perkataan menyuruhkan digunakan - "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakala dalam konteks wacana moden kata menyuruh digunakan  seperti "Ketua menyuruh pegawai sentiasa berwaspada ketika menjalankan tugas".Tatabahasa25.04.2023

Kembali ke atas