Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.su] | مڽوسو

Definisi : menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.su] | مڽوسو

Definisi : meng­hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyusu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/ Puan yang dihormati, mohon berikan pandangan pada tajuk forum kami. "Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?" Keprihatinan kami adalah pada ayat 'menyusu susu ibu'. Adakah betul penggunaan 'menyusu' itu kerana selepas disemak, perkataan menyusu itu sendiri sudah mewakili 'menyusu daripada badan'. Kami mahu 'highlight' susu badan, bukan susu tiruan/tepung. Adakah pihak tuan/ puan mempunyai cadangan lain?Menyusu bermaksud menghisap air susu daripada buah dada dan sebagainya. Ini bermakna menyusu juga boleh membawa maksud menghisap susu selain daripada buah dada seperti botol susu. Oleh itu, frasa "menyusu susu ibu" adalah betul.Tatabahasa25.06.2012
tolong cari maksud gajah menyusuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, gajah menyusu bermaksud (binaan) atap atau sengkuap yang bersambung dengan rumah.Makna24.07.2008
I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IVAyat II dan II betul.
II.  Cara Kumar bercakap terlalu meninggi.
III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
Tatabahasa03.10.2013
Penggunaan ayat 'Penyusuan Susu Ibu' dan 'Penyusuan Ibu' yang mana lebih tepat? Ada kedua-duanya memberi maksud yang sama?Frasa yang betul ialah 'Penyusuan Susu Ibu' kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu.Tatabahasa28.01.2011
Saya keliru mengenai perkataan ini: Penyusuan ibu atau penyusuan bayi? Yang mahu merujuk kepada penyusuan badan seorang ibunya kepada bayi. Atau adakah tepat juga jika menggunakan penyusuan susu ibu atau penyusuan badan? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Penyusuan Bayi" kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu, sepertu pemendekan tempoh penyusuan bayi boleh membahayakan kesihatannya.Tatabahasa17.07.2012
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tqDalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut­-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung­-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut..

Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah  "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya."
Tatabahasa11.09.2013

Kembali ke atas