Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
petikan pertama : Ayat yang betul ialah: Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas, dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. petikan kedua : Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama dengan dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan kemas bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan dengan ialah Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. kedua-dua penjelasan itu saya ambil terus daripada khidmat nasihat yang ada dalam pangkalan data. soalan saya :yang mana betul?? menyusun meja dengan kemas atau menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja hingga kemas?? tqFrasa yang betul ialah menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja sehingga kemas.Tatabahasa31.08.2015
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? (1) Siti menyusun meja dengan kemas. (2) Siti menyusun meja supaya kemas . (3) Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas . Terima kasih .

Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama ‘dengan’  dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan  ‘kemas’ bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan ‘dengan’ ialah ‘Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya.

Tatabahasa22.07.2014
murid menyusun meja dengan baik.adakah ayat ini betul?Ayat 'Murid menyusun meja dengan baik.' adalah betul.Tatabahasa12.05.2011
1. kaunter pinjaman / peminjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas / hingga kemas.Ayat yang betul ialah: 1. kaunter pinjaman   2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas,  dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. Tatabahasa31.03.2010
1)seorang murid lelaki menyusun meja dengan kemas 2) seorang murid lelaki mengelap cermin tingkap dengan baik. adakah kedua-dua ayat ini betul?Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi tidak sejadi (natural) kerana frasa kerjanya membayangkan ada pelaku tertentu yang telah melaksanakan perbuatan menyusun dan mengelap.  Ayat yang sesuai ialah 1) Murid lelaki itu menyusun meja dengan kemas. 2) Murid lelaki itu mengelap cermin tingkap dengan baik.Makna11.05.2011
1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih.Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu.Tatabahasa28.02.2017
1. Perkataan ia bolehkah digunakan untuk benda atau haiwan? Kalau boleh, diminta berikan ayat contoh. 2. Perkataan sebagainya atau lain-lain. Betulkah ayat ini? Murid-murid menjalankan tugas seperti menyusun meja, menyapu lantai, mengelap cermin tingkap dan sebagainya. 3. Bolehkah pihak tuan berikan senarai kata majmuk yang terkini yang dieja sebagai satu perkataan.( perkataan yang telah dimantapkan)

1. Perkataan ia hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara. Tidak boleh digunakan untuk binatang.

2. Kedua-duanya boleh digunakan (dan sebagainya/dan lain-lain)

3. Suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. 

Tatabahasa11.05.2009
Selamat petang. Soalan saya berkenaan menukar ayat aktif kepada ayat pasif yang berikut : 1) Sekawan kambing sedang meragut rumput di padang. A.Pasif --> mana betul, (A) atau (B) ? (A) Rumput di padang sedang diragut oleh sekawan kambing. (B) Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. 2) Murid-murid kelas Tiga Bestari menyusun meja dan kerusi di bilik darjah. A.Pasif --> (A) atau (B) ? (A) Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. (B) Meja dan kerusi disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari di bilik darjah. Jawapan dan penjelasan pihak tuan dihargai. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah: 

B. Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang.

A. Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari.

Tatabahasa29.07.2011
ayat 1: Abang sedang menyusun gelas di atas meja. ayat 2: Adik sedang meletak pinggan di atas meja. soalan:adakah penggunaan kata sendi 'di' pada kedua-dua ayat itu betul?saya keliru dengan penggunaan kata sendi di dan ke. terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa08.02.2011
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu  "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu  "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas."Tatabahasa20.05.2013
12

Kembali ke atas