diragui meragukan | Soalan tuan tidak jelas. Untuk melihat makna perkataan, sila manfaatkan kemudahan yang tersedia melalui laman www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 09.05.2017 |
Encik, Antara ayat "Kesahihan berita tersebut diragui" atau "Kesahihan berita tersebut meragukan" yang manakah betul? Sila berikan sebab. Terima kasih. | Melihat kepada makna kata meragui dan meragukan, frasa yang betul ialah "Kesahihan berita tersebut diragui". | Tatabahasa | 09.05.2017 |
Mana satu yang betul? 1. Soalan anda telah kami terima atau soalan anda kami telah terima ? 2. ibu bapa bercerai atau ibu bapa bercerai-berai ? 3. apa yang meragukan atau apa-apa yang meragukan ? 4. ramai orang atau banyak orang ? 5. majlis keramaian atau majlis kebanyakan ? 6. guru besar atau Guru Besar ? 7. Perdana Menteri atau Menteri Perdana ? 8. Menteri Besar atau Besar Menteri ? 9. Pak Cik Hasan atau pak cik Hassan ? 10. Mak Limah atau Emak Limah ? | 1. Soalan anda telah kami terima. 2. Ibu bapa bercerai. 3. Apa-apa yang meragui (orang), apa-apa yang meragukan (benda). 4. Kedua-duanya boleh digunakan. 5. Majlis keramaian 6. guru besar, Guru Besar Halim. 7. Perdana Menteri. 8. Menteri Besar. 9. Pak Cik Hasan. 10. Emak Limah (emak kepada Limah). Mak Limah (nama orang). | Tatabahasa | 06.12.2009 |
perbezaan diragui dengan meragukan | Sila rujuk manfaatkan kemudahan yang tersedia dalam laman web kami untuk mencari makna dan perbezaan makna kata. | Makna | 09.05.2017 |
sekaligus atau sekali gus? | Salam sejahtera, Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.11.2012 |