(1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Perkataan "merah" dalam ayat (1) hingga (4) di atas mengandungi pelbagai fungsi dalam ayat. Apakah fungsi kata "merah" dalam keempat-empat ayat itu dan berikan sebabnya. | (1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Dalam ayat 1, 2 dan 3, merah berfungsi sebagai warna yang dapat dilihat secara fizikal. Manakala bagi ayat 3, merah menunjukkan konotasi dengan warna merah yang terang dan mempunyai maksud tersembunyi iaitu berani.
| Tatabahasa | 25.10.2012 |
apakah perbezaan antara merah padam dengan merah padma? adakah kedua2nya sama erti? atau ada perbezaan? contoh : mukanya kelihatan merah padam/merah Padma ketika naik marah. | Perkataan yang tepat ialah "merah padam" atau "merah seperti bunga padma" (bkn muka ketika marah). Untuk makluman tuan, bunga padma ialah bunga teratai(bunganya berwarna merah jambu). | Tatabahasa | 24.02.2015 |
1. Bibir gadis itu merah. 2. Baju merah itu mahal. 3. Merah lambang keberanian. 4. Warna merah warna kegemaran adik. Apakah fungsi kata 'merah' dalam keempat-empat ayat itu. | Dalam ayat pertama dan kedua "merah" berfungsi sebagai kata adjektif. Dan "merah" dalam ayat ketiga ialah adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek ayat sama seperti ayat keempat, ayat yang gramatis merah warna kegemaran adik. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk binaan ayat. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
Baju raya saya berwarna merah. berwarna merah ialah frasa kerja atau frasa adjektif? tq | Berwarna merah ialah frasa kerja. | Tatabahasa | 26.09.2014 |
yang manakah satu betul, baju itu amat merah sekali, baju itu sungguh amat merah dan baju itu teramat merah sungguh. Saya tidak faham penggunaan kata nian. | 1. Jawapan yang betul ialah baju itu amat merah sekali. 2. Nian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh. | Tatabahasa | 16.09.2006 |
Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. | Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian. | Lain-lain | 03.06.2014 |
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biru | Saya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju. | Makna | 11.01.2017 |
Carrefour mempunyai 2 jenis perniagaan iaitu pasar raya besar (logo biru merah) dan market (logo merah). Kami akan membuka satu cawangan Carrefour Market baru di Jalan Ipoh dan untuk permohonan lesen perniagaan oleh DBKL, diwajibkan untuk mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Kami lampirkan kedua-dua logo kami untuk rujukan. Untuk makluman pihak tuan, perkataan 'market' dibawah logo kami adalah sebahagian daripada logo itu sendiri seperti yang diluluskan oleh pihak atasan ibu pejabat di Perancis. | Penggunaan bahasa dalam logo yang dilampirkan betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 04.09.2012 |
Tuan, Kamu ingin baju berwarna merah atau baju berwarna biru? ATAU Kamu ingin baju berwarna merah atau biru? Manakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah Kamu inginkan baju berwarna merah atau biru? | Tatabahasa | 05.08.2010 |
Salam sejahtera, a) Kamu suka warna merah atau warna hijau ? b) Kamu suka warna merah atau hijau ? Manakah satu ayat lebih gramatis ? Bolehkah dalam satu ayat perkataan warna wujud dua kali atau perlu gugurkan salah satu perkataan warna? Terima kasih . | Ayat yang gramatis dan tidak lewah ialah "Kamu suka warna merah atau warna hijau?" | Tatabahasa | 09.09.2014 |