adakah ayat-ayat berikut betul atau salah? 1. MERAIH KEPELBAGAIAN MENERUSI TITIK PERPADUAN. 2. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTERASKAN TITIK PERPADUAN. 3. MERAIH KEPELBAGAIAN BERORENTASIKAN TITIK PERPADUAN. 4. MERAIH KEPELBAGAIAN BERPAKSIKAN TITIK PERPADUAN. 5. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTUNJANGKAN TITIK PERPADUAN. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah "menerusi". Cadangan ayat yang betul ialah: Perpaduan menerusi kepelbagaian kebudayaan. | Tatabahasa | 22.08.2024 |
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah i. Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. | Tatabahasa | 14.01.2020 |
Mohon semakan kepada gaya penulisan yang betul dalam penggunaan italic: Contoh: Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers | Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) 1"> Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank 1"> Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers1"> | Istilah | 03.09.2018 |
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih! | Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa? | Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. 1"> Contoh: 1"> 1. RM1 juta1"> 2. RM1 000 000.001"> | Ejaan | 11.03.2020 |
apa maksud culaan | Culaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut: cula2 چوال kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya. kata kerja transitif 2 lihat mencula; mencula منچوال kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu. kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi. penculaan ڤنچوالءن kata nama perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka. culaan چوالءن kata nama hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%. Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. | Makna | 27.07.2023 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |