Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat berikut betul ? 1.Saya juga tidak melepaskan peluang merakam gambar. 2. Aku tertanggal daripada tangan tuan aku. Ayat 1 betul penggunaan tatabahasanya. 1.Saya juga tidak melepaskan peluang merakam gambar.
Ayat 2 pula betul sekiranya ayat ini digunakan dalam ayat kesusasteraan seperti puisi. Sekiranya "aku" dalam ayat ini bermaksud "sesuatu barangan, contohnya cincin dan lain-lain", maka ayat ini betul penggunaannya. 2. Aku tertanggal daripada tangan tuan aku.
Tatabahasa20.02.2015
1. menangkap gambar/ mengambil gambar/merakam gambarYang betul ialah merakam gambar, walau bagaimanapun menangkap gambar lazim digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa20.07.2010
1. Kenapa DBP eja "sejarawan" bukan "sejarahwan"? Apa sebabnya huruf H dibuang?Dalam Kamus Dewan, perkataan sejarawan yang dimasukkan sebagai entri. Berdasarkan carian melalui Internet data sejarawan jauh lebih banyak berbanding dengan sejarahwan. Data Korpus DBP menunjukkan sejarawan sebanyak 1119, manakala sejarahwan hanya 27. Berdasarkan semakan kami juga kata terbitan dengan akhiran -wan mengikuti vokal, belum ada lagi konsonan seperti sejarahwan, berkemungkinan juga aspek sebutan mempengaruhi pembentukan kata terbitan sejarawan dan Kamus Dewan merakam sejarawan sebagai kata yang baku. Istilah18.08.2021
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan me­nyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih.

Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll).  Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya.

Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.12.2018
Adakah istilah ketik gambar boleh dijadikan nama pertandingan? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketik ialah:
1. Mencuri (benda-­benda yang tidak seberapa harganya); 
2. Mema­gut atau menggigit 
3. Berbunyi seperti bunyi mesin taip


Maka penggunaan ketik gambar tidak sesuai, cadangan nama pertandingan ialah merakam gambar, mengambil gambar atau menangkap gambar. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.
Makna09.09.2021
Salam, Saya ingin bertanyakan bagaimana pihak DBP menyusun entri yang akan dipapar dalam carian PRPM? Contohnya, saya mencari perkataan 'selesai'. Maka, carian yang bakal saya peroleh ialah segala perkataan termasuk makna perkataan dan sebagainya yang mengandungi perkataan 'selesai' akan turut dipaparkan. Sedangkan makna perkataan 'selesai' yang ingin saya cari entah berada di halaman yang ke berapa. Saya cadangkan, pihak PRPM perlu memaparkan makna perkataan yang dicari mengikut urutan 1. (makna perkataan itu-tunggal mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat), disusuli mengikut kamus edisi kedua dan kamus pelajar. 2. (makna perkataan itu-kata ganda, kata majmuk dan sebagainya) Bukankah lebih mudah dan efisien jika sistemnya disusun dengan begitu sistematik dan mudah difahami? Bukankah PRPM ini untuk rujukan pantas selain melihat ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri? Maka, segalanya harus lebih mudah dan efisien di laman web ini. Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan harap pihak DBP dapat ambil tindakan atas perkara ini. Terima kasih.Terima kasih atas pandangan puan. Untuk makluman puan, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bukan hanya merakam Kamus Dewan Edisi Empat tetapi merakam pelabagai lagi rujukan seperti Peribahasa, Daftar Istilah, Kamus Pelajar dan lain-lain untuk pengguna bahasa. Puan boleh melayari Gerbang Kata melalui http://ekamus.dbp.gov.my untuk carian makna dalam Kamus Dewan dengan lebih fokus.Tatabahasa27.09.2013
Salam, dalam kamus Dewan, kata ‘amal’ ditakrif sama dengan ‘perbuatan’, dari segi maksud. Namun begitu, tiada kata jamak untuk ‘amal’ dijumpai dalam daftar. Saya dapati ada kata ‘amal-amal’ dalam corpus penulisan di Malaysia dan di Indonesia. Saya ingin menggunakan ‘amal-amal’ dalam buku saya. Mungkin editor tidak bersetuju apabila manuskrip disemak. Terima kasih atas pandangan Munsyi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud amal ialah
1. Apa sahaja yg dilakukan, perbuatan atau pekerjaan
2. Per­buatan baik
3. Melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan
Maka dengan ini, cukup sekadar amal sahaja kerana sudah menunjukkan sesuatu perbuatan. Data korpus hanya merakam penggunaan perkataan yang digunakan. Dalam sesuatu penulisan rasmi, setiap perkataan yang digunakan perlu merujuk kepada kamus.
Makna16.10.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya lihat media massa banyak menggunakan istilah "sekuel" dan "prekuel" bagi menggambarkan sesuatu drama, filem dan sebagainya. Adakah istilah-istilah ini akan dimasukkan dalam Kamus Dewan, atau adakah terdapat istilah lain yang seerti dengannya? Pada perhatian saya, istilah "genre", "trend" dan "rating" pula sudah wujud dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Perkataan “genre” dan “trend” telah diterima pakai untuk penggunaan maksud rasmi. Manakala perkataan “rating” tidak sesuai digunakan untuk maksud rasmi kerana dikategorikan sebagai bahasa percakapan. Untuk makluman tuan/puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.1">

Perkataan “sekuel” dan “prekuel” tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, hasil carian kami, hanya menjumpai perkataan “sequel” sahaja yang membawa maksud susulan, contoh ayat: Sudah ada empat susulan filem “Superman”. 1">

Untuk makluman tuan/puan juga, konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada.1">

Istilah20.12.2017

Kembali ke atas