Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 2. Pemboleh-pemboleh ubah 3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan 4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7. Bahan toksik 8. Meramalkan taufan | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Yang manakah di antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "customer profiling" - "pemprofilan pelanggan", "kajian pelanggan", "penyiasatan pelanggan" atau apa-apa terjemahan yang lain? Untuk rujukan Tuan/Puan, "customer profiling" ditakrif sebagai rakaman dan analisis ciri psikologi dan tingkah laku seseorang, untuk menilai atau meramalkan keupayaan mereka dalam bidang tertentu atau untuk membantu mengenal pasti kategori orang. | 1. Terjemahan paling sesuai untuk customer profiling ialah Pemprofilan pelanggan. | Istilah | 04.04.2019 |