Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.mas] | مرامس

Definisi : 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan, kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas dgn lemak; ~ kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit, mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan; 3. memulas dan memeras (kain basah), meme­rah: dia ~ kain yg baru dibasuhnya itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan, mengu­mal­kan: dia ~ surat layang yg baru dite­rimanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.mas] | مرامس

Definisi : 1 memegang-megang dan memerah-merah (kelapa dll): ~ kelapa; ~ kertas. 2 memegang-megang dan memicit-micit: ~ tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramas
Kata Terbitan : meramas, meramas-ramas, ramasan,

Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam semua. Meramas atau memerah kain yang basah, mana satu yang tepat?

Pemilihan kata betul ialah memerah kain yang basah

Tatabahasa06.06.2020
Salam sejahtera. Wanita itu sedang _________ kelapa untuk mendapatkan santannya A) memerah B) meramas Merujuk kamus dewan perkataan meramas juga bermaksud memerah. Yang mana satu betul dan apa perbezaannya? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1808 dan 1672, ramas bermaksud menggumpal atau memerah (adunan, kelapa parut, nasi dan sebagainya) manakala perah bermaksud memulas, memicit dan sebagainya (sesuatu) untuk mengeluarkan air, jus, susu dan sebagainya.

Oleh itu, kedua-dua perkataan perah dan ramas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih tepat ialah “Wanita itu sedang memerah kelapa parut untuk mendapatkan santannya” atau “Wanita itu sedang meramas kelapa parut untuk mendapatkan santannya”.

Makna04.12.2024
perbezaan antara "menguli" dan "mengadun"Tidak banyak perbezaan antara perkataan menguli dan mengadun. Kedua-duanya mempunyai makna yang lebih kurang sama iaitu menguli ialah meramas-ramas dan menekan-nekan seperti adunan roti, kuih dengan tangan untuk menyebatikannya, manakala mengadun ialah menggaul sesuatu campuran seperti tepung dengan air, susu dan santan supaya lebih sebati.Tatabahasa14.12.2021

Kembali ke atas