Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan? | Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut. | Makna | 28.10.2011 |
maksud sita | 1. Sita atau menyita bermaksud merampas barang-barang dsb dengan perintah mahkamah. 2.Sita dalam bahasa klasik bermaksud putih bersih. | Makna | 27.07.2006 |
definisi ragut | Ragut bermaksud menarik (menyentap, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan; memakan rumput hidup; mencabut, merampas menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa. | Makna | 02.06.2008 |
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam | 1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif 2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif 3) bedilan meriam - kata nama 4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif 5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif 6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap 6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja 7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang** | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Assalamualaikum tuan, Pertanyaan saya ialah : 1. Apakah maksud rangkai kata MENYITA KETIRISAN dan mohon tuan berikan satu contoh ayat tentangnya. 2. Apakah makna kata KOLERASI? Mohon tuan berikan contoh ayat. TERIMA KASIH. | Ketirisan bermaksud kebocoran seperti ketirisan atap rumah, ketirisan rahsia. Namun rangkai kata menyita ketirisan tidak sesuai digandingkan kerana menyita bermaksud merampas (mengambil/menahan). Perkataan kolerasi tiada dlm sumber yang ada korelasi bermaksud hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait. | Makna | 24.07.2007 |
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua. | 1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202. 2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208. 3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata. 4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286. 5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. | Tatabahasa | 05.01.2010 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah yang sering digunakan dalam permainan video iaitu "loot box"? Maklumat mengenai maksud istilah "loot box" adalah seperti di dalam lampiran. Terima kasih. | “Loot” membawa maksud menjarah, merampas atau mencuri. “Loot” juga merupakan slanga yang bermaksud harta (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Pihak kami mencadangkan istilah “peti hasil rampasan” atau “kotak harta” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai, mengikut konteks dan konsep permainan video tersebut. | Istilah | 07.05.2020 |
Saya rasa terpanggil untuk bertanya samada perkataan Pegawai Waran atau Pegawai Waren yang seharusnya digunakan. Saya telah merujuk kepada Kamus Dewan dan mendapati hanya mendapati terjemahan perkataan Waran sahaja. Akan tetapi, Laman Web Rasmi TLDM menggunakan perkataan Waren. Persoalan saya adakah Waran dan Waren merupakan 2 perkataan yang berbeza maksudnya? Mana satu yang betul dari segi ejaan? | Waran bermaksud surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu yang betul ialah Pegawai Waran. | Makna | 07.08.2007 |
Salam, bolehkah saudara/saudari berikan ayat contoh penggunaan kata sendi nama 'pada' yang hadir sebelum manusia dan satu ayat contoh lagi untuk penggunaannya sebelum haiwan? Terima kasih. | Sendi nama 'pada' digunakan dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut: 1. Untuk menandakan waktu atau masa. Contoh ayat - Pada malam begini, sebuah dua kereta lalu juga di jalan itu. 2. Untuk menandakan sesuatu tempat yang tetap yang mendahului kata nama atau frasa nama. "Tempat" di sini dapat merujuk kepada orang ataupun objek. Contoh ayat untuk manusia: Penjahat itu merampas semua duit yang ada pada Halimah. Contoh ayat untuk haiwan: Sungguh hairan melihat anak anjing itu menggesel-geselkan badannya pada kucing hitam itu.
| Lain-lain | 09.04.2014 |