Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.kul] | مرڠکول

Definisi : 1. memeluk, me­rang­kum: dia melonjak keriangan dan meluru ~ anak kecil itu; bantal guling ini bagi kami gunanya dirangkul sepanjang malam; 2. mencapai (kemenangan dsb), memenangi, meng­gondol: kedua-dua pe­main dr China itu pernah ~ kejayaan acara per­seorangan dlm pertandingan-per­tanding­­­­­­an antara­bangsa; pasukan PDRM ~ 11 pingat emas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.kul] | مرڠکول

Definisi : memegang rapat-rapat ke dada sendiri; memeluk: Dia segera ~ anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkul
Kata Terbitan : merangkul, rangkulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Ayat yang mana satu adalah betul. a. Apalah yang difikirkan oleh Ahmad itu. b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?Ayat yang gramatis ialah:
a. Apatah yang difikirkan oleh Ahmad?
b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?
Tatabahasa30.04.2013
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat pertama dan kedua betul dari segi  makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan  tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang.

Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul.
Tatabahasa02.07.2013

Kembali ke atas