Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rangsang2
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang, merangsang, perangsang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih.

1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. 

Tatabahasa14.12.2011
Salam 1 Malaysia. 1. Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'ransang' dan 'rangsang'. 2. Adakah ayat berikut untuk penggunaan 'rangsang' betul? Penggunaan TMK dalam pengajaran dapat merangsang minat murid. Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah rangsang. Perkataan ransang tiada dalam Kamus Dewan.Tatabahasa25.03.2013
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor

Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca

Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih 

Lain-lain02.07.2009
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih

Assalamualaikum,

                          1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 

2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca.  

3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada).

4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis.  

    Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532.

 

 

 

 

       

                           

Lain-lain07.03.2010
Assalamualaikum, jika saya ingin mendapatkan bantuan penyemakan cerpen yang saya tulis adakah pihak tuan menyediakan perkhidmatan itu. Saya baru balajar mungkin banyak yang perlu diperbaiki.

Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif (termasuklah cerpen) karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan.

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik.

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni.

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca.

5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul.

Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP.

Tatabahasa02.05.2013
Saya berminat menulis cerpen, dan telahpun siap satu cerpen. Adakah cara supaya saya boleh mendapatkan pendapat secara kritis bagaimana cara untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik dan menarik? Terutama dari segi gaya bahasa dan susunan cerita. Kerana setakat ini komen yang diberikan kepada saya lebih kepada ok, not bad, boleh tahan. Saya perlukan komen yang lebih kritis. Aspek mana yang boleh diperbaiki. Di mana kekurangan dan kelebihan karya saya. Untuk pengetahuan, saya banyak menggunakan dialog campuran BM-BI. Jadi konsep ceritanya tidaklah berunsur sastera. Harap maklum. Terima kasih.

Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca

5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul

Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP.

Sastera20.07.2011

Kembali ke atas