Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan ironi sama dengan kesan. adakah ia membawa maksud yang baik atau tidak

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) ironi mempunyai dua takrifan:

1. Kejadian atau keadaan yang berlaku sebaliknya, bertentangan daripada jangkaan atau kebiasaan

Contoh ayat: Ironinya pada masa sekarang, mentaliti orang Melayu sudah bertukar kpd materialisme dan bukannya utk kebajikan akhirat.

2. Sindiran yang terselindung dalam ucapan atau kata-kata manis

Contoh ayat: Edi yakin bahawa pujian temannya itu tidak mengandungi ironi.

Manakala kesan mempunyai lima takrifan:

1. Sesuatu kebaikan atau keburukan yang timbul selepas berlakunya sesuatu kejadian

Contoh ayat: Hujan yang turun berturut-turut selama tiga hari itu menimbulkan kesan buruk pada kampung kami.

2. Tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh seseorang atau sesuatu

Contoh ayat: Polis mencari kesan yang mungkin ditinggalkan oleh pembunuh Samy.

3. Sesuatu yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, perwatakan dan sebagainya seseorang

Contoh ayat: Menonton filem seram meninggalkan kesan takut kepada sesetengah kanak-kanak.

4. Hasil yang diperoleh daripada sesuatu

Contoh ayat: Kesan daripada kongres bahasa itu merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli bahasa di Indonesia dan Malaysia.

5. lihat mengesan

Berdasarkan takrifan-takrifan yang dinyatakan di atas, ironi dan kesan berbeza maksud dan konteks. Kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi dan makna tersendiri dalam bahasa.


Makna20.04.2025
Salam apakah perbezaan antara interaksi dan interaktif? Apakah contoh ayat yang bersesuaian dengan perkataan itu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) hlmn. 835, interaksi dan interaktif bermaksud:

Interaksi
Tindak balas antara dua atau beberapa pihak dalam bentuk komunikasi, perbuatan, tingkah laku dan sebagainya.

Contoh ayat: Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merapatkan lagi hubungan dan interaksi Kuala Lumpur dengan bandar-bandar yang lain.

 

Interaktif
1. (Kata Adjektif) Saling bertindak, berhubung dan sebagainya antara satu sama lain.
    
Contoh ayat: Bengkel kerja itu dapat mewujudkan suasana interaktif bagi menjalin hubungan 
    antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri.


2. (Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (Berkenaan perisian) membolehkan pengaliran
    maklumat dua hala secara berterusan antara komputer dengan pengguna.
    
Contoh istilah: permainan komputer interaktif



Makna09.01.2024

Kembali ke atas