Tuan, tolong jelaskan perbezaan antara merasa dan berasa?keadaan bilakah diperlukan untuk menyebut perkataan merasa dan bilakah pula keadaan untuk menyebut perkataan berasa?Saya keliru dengan perkataan ini dan tidak dapat membezakan situasi penggunaannya. | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. | Tatabahasa | 10.01.2012 |
Kak Imah ________________gulai yang dimasaknya itu sangat masin. A. berasa B. perasa C. merasakan D. merasa | D. Merasa | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul? | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i) | Tatabahasa | 06.12.2007 |
saya merasa kesulitan tentang beberapa perkara yang tabu di malaysia, sedangkan di indonesia tidak tabu...seperti butuh...bisakah tuan memberi contoh dan asal katanya...t`maksih | Perkataan-perkataan yang mempunyai makna atau konotasi buruk dan negatif dalam masyarakat Malaysia tidak boleh digunakan walaupun perkataan tersebut mempunyai makna yang sebaliknya di negara asal. Langkah-langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dengan menjunjung agama Islam sebagai agama yang suci. | Tatabahasa | 25.07.2010 |
Wanita itu merasa/berasa/rasa terhina. | Wanita itu rasa terhina. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga pergantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat: Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 03.02.2011 |
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" | Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. | Makna | 03.12.2007 |
BOLEHKAH SAYA KAITKAN MASALAH REMAJA DENGAN MASALAH SOSIAL SEMASA MENULIS KARANGAN. KATA MANAKAH YANG SESUAI? (A) MERASA DIRI (B) MERASAKAN DIRI | Masalah remaja adalah sebahagian daripada masalah sosial. Untuk maklumat lanjut sila bincangkan tajuk ini dengan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ungkapan yang betul ialah 'merasakan diri'. | Tatabahasa | 04.04.2011 |
Apakah peribahasa yg menggambarkan kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yg diterima. Malah cubalah untuk membalasnya. | Peribahasa yang hampir ialah "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Makna | 04.07.2013 |
Apakah maksud: Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. | Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah. TakrifSiapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | Makna | 21.11.2010 |